Telefon saya telah hilang!!!! Sabtu lepas anak lelaki saya bawa telefon pergi surau, sembahyang terawih. Tanpa pengetahuan saya dibawanya telefon tu ke surau. Ada yang tangan panjang, apa lagi hilanglah telefon tu. Saya dah tanya budak yang ambik tu (sek men dah) tapi dia tak mengaku. Saya ugut dia nak lapor pada polis kalau dia tak serahkan hari ini. Tapi husband saya cakap, kalau budak dah nekad nak mencuri memang dia tak akan beri dah. Itulah petang ni rancang nak pergi ke rumah dia, jumpa mak bapaknya pulak. Rasanya tak ada harapan dah tapi sekurang-kurangnya mak bapak dia tahu perangai anaknya. Rasanya dia memang dah banyak mencuri telefon orang lain juga sebab budak2 lain cakap budak tu banyak telefon. Mulai semalam saya dah tak benar anak saya berkawan dengan budak2 taman sebelah dah. Takut terikut. Memang habis husband saya kerjakan anak saya (rotan ler....). Beri pengajaran. Bapanya dah janji untuk beri duit raya tahun ni tapi nampaknya kenalah tarik balik.
HARAP SEGALA TEMPAHAN DIBUAT MELALUI EMAIL SAHAJA SEHINGGA DIBERITAHU KELAK. KEPADA YANG ADA MENEMPAH COOKIES RAYA DAPAT EMAIL NO TEL KEPADA SAYA SEBAB SEMUA NO TEL CUSTOMER DAH TAK ADA.
Sunday, August 15, 2010
Thursday, August 12, 2010
Biskut raya huruf
PROMOSI!!!! Khas untuk bulan Ramadhan sahaja. Biskut raya huruf RM 33 sebekas (75huruf). Harga biasa (RM 36.50). Order selewat-lewatnya 15 Ogos untuk dapat harga special ini. Cepat!cepat! rembat.
Wednesday, August 11, 2010
Tak sabar nak belajar buat coklat
Saya nak cuba pulak buat coklat. Dah booking tempat dari CheTam dan insyaAllah selepas raya baru belajar. Sebenarnya saya suka makan coklat dan saya selalu pergi kilang Berry kat serdang untuk beli coklat. Kalau pergi window shopping ker apa yang saya selalu beli adalah bun, fresh milk dan coklat. Tak perlu makan nasi cukup dengan 3 jenis makanan ni saya dah gembira. Anak2 saya pun semuanya suka makan bun, coklat dan fresh milk. Kami pantang keluar mesti makanan ini yang kami cari dulu. Tapi nasib baik badan anak2 semua kurus tak gemuk. Kepada semua peminat cookies saya, nanti jangan lupa tempah pula coklat dari saya yer.
Tempahan dari Zura, Shah Alam
Tempahan dari Itri, Bangsar

Ini tempahan dari Itri untuk akikah anaknya. Beliau tempah sebanyak 250 bungkus. Saya ambik masa 3 hari nak siapkan tempahan Itri. Dah siapkan separuh, anak bongsu saya Ain (4thn) asyik minta nak makan. Terpaksalah beri cookies yang disiapkan untuk Itri. Sekali makan hampir 8 bungkus. Katanya cookies ibu buat sedap sangat-sangat.
Tempahan cookies dan cupcakes dari Fiza
Tempahan dari Dyan Putrajaya
Subscribe to:
Posts (Atom)





