Sunday, February 21, 2010

Kelas Deko Cookies March 2010

Salam Semua peminat deko kukis, Saya akan buka kelas deko pada hari Sabtu 6 March 2010. Sila email/sms sebelum 2 March 2010 utk confirm. Bayaran sebanyak RM 100.00

Tuesday, February 16, 2010

Tempahan Valentine Day

Bulan ini bulan romantik untuk pasangan-pasangan yang sedang bercinta. Ya... 14 Feb adalah hari kekasih. Saya pun ada tempahan untuk satu pasangan kekasih ini. Pagi Ahad lepas, saya dan husband sempat pergi hantar cookies yang ditempah oleh Beba kat Taman Sri Ukay. Beliau buat surprise untuk pasangannya Allan. Inilah cookies yang ditempah, bentuk "love".



Sebenarnya tak ingat nak ambik gambar kotak cookies ini. Tiba2 ajer dalam perjalanan menghantar cookies teringat pasal kotak cookies yang tak ada gambar lagi. Jadi, saya pun suruhlah anak ambikkan gambar kotak yang saya hias tu memandangkan dia duduk kat belakang. Inilah hasil gambar yang diambik oleh Adib, anak saya yang tahun 2.

Friday, February 5, 2010

Tempahan dari Soraya

Ini tempahan cookies huruf dari Soraya, Damansara. Beliau tempah huruf R (biru) dan T(hijau) sahaja. Selamat makan2 Soraya.

Tempahan dari Beba

Ini tempahan spell my name cookies dari Beba untuk birthday anak tersayang "ALIF". Happy birthday Alif.

Tuesday, January 19, 2010

Tempahan cupcakes dari Dr. Sue

Ini pulak tempahan cupcake dari Sue kat Cheras untuk birthday anaknya. Beliau nak gambar princess. Susah tu nak deko. Akhirnya saya cuba deko gambar snow white. Pagi Sabtu lepas bangun awal sikit sebab nak buat dan deko kek (Biasanya lepas subuh sambung tidur sebab anak tak sekolah, he...he...). Petang baru saya hantar ke Kliniknya. Inilah hasil deko saya.

Sunday, January 10, 2010

Tempahan cookies dari Zul

Inilah tempahan pertama yang saya terima dari seorang lelaki iaitu Zul. Zul tempah untuk kawannya. Dia minta saya buatkan kartun wonder pets. Sebenarnya saya tak nak ambik sebab takut tak jadi tapi Zul kata dia tak kisah sangat kalau tak jadi pun. So, saya cubalah juga buatnya. Tak tahulah jadi atau tidak kartun wonder pets tu. Zul juga tempah huruf. Dapat tak baca apa yang di tempah?

" THIS MSG HAS NO FAT NO CHOLESTROL N NO ADDICTIVE. THIS IS ALL NATURAL EXCEPT WITH A LOT OF SUGAR BUT IT CAN NEVER BE AS SWEET AS THE ONE READING IT. HAPPY BIRTHDAY FIZA"

Hasil kerja Pelajar Kelas Deko 9/1/10 dan 10/1/10

Hujung minggu lepas, Sabtu dan Ahad ada 3 pelajar berjaya hadir ke kelas deko kukis. Ini hasilnya.






Kelas Hari Sabtu, Wahida dari Salak Selatan dan Zalifah dari Damansara.



Ini pula Kak Norsidah dari Shah Alam, kelas hari Ahad.