Tuesday, July 28, 2009

Tempahan dari Aisyah dan Shima

Salam, hari ini zura akan tunjukkan tempahan dari Shima utk "NURIN" sebanyak 80 bungkus. Sebenarnya saya ada buatkan spell my name cookies untuk Aisyah, untuk anaknya "HAIKAL" tapi lupa nak ambik gambar. Sabtu lepas selepas Pn Aisyah datang rumah ambik cookies tu baru teringat yang gambarnya tak ambik lagi. Jadi terus ajer zura ambik gambar cookies "NURIN" sebab takut terlupa lagi. Isnin dah pos ke Temerloh, Pahang.

Thursday, July 23, 2009

FANCY COOKIES FOR RAYA AIDILFITRI

Di sebabkan ramai tanya pasal cookies raya, saya uploadkan gambar dalam bekas untuk 50 biji. Colourful....kan.... Ada saya punya kawan 2 hari lepas beli sample kecil untuk jual. Bawa balik ajer rumah, dah dihabiskan oleh anak perempuannya yang umur 6 tahun. Sekejap ajer dah habis. ha..ha... Isnin ini dah janji nak pergi hantar lagi sebab kali ini dia beli untuk anak jiran, untuk buat sample dan beri untuk anaknya. Yang pasti kanak2 mesti suka.





Mungkin ramai tertanya kalau pos tak pecah ker? Ini saya dah masukkan bubble wrap. InsyaAllah kalau goncang pun tak pecah. Saya akan buatkan yang bubble wrap untuk pos sahaja.

Tempahan untuk Charity -BUDIMAS

Seperti di janjikan, saya uploadkan cookies suprise yang saya buatkan untuk charity tersebut.

Monday, July 20, 2009

Tempahan dari Faridawati

Tempahan ini dari Faridawati untuk bakal anaknya , EUSOFF RAYYAN. Beliau nak ambik 29 Julai tapi memandangkan saya nak kena fokus buat biskut raya, itu yang saya siapkan awal.

For Charity - BUDIMAS

Tempahan dari Tunku Izrina dari Ampang untuk charity BUDIMAS pada 29 Julai 2009. Beliau telah menempah bentuk huruf, love dan bunga. Jenuh juga memikir idea macamana nak buat supaya orang tertarik nak beli. Di samping itu beliau juga menempah bentuk huruf untuk birthday PUTERI BIBI ZAHARAH. Happy birthday Puteri. Dan kejutan untuk beliau, saya memang buat special untuk charity tersebut. Nanti saya upload kemudian gambarnya sebab tak siap deko lagi.





Ini pulak tempahan untuk Puteri punya birthday 25 July 09.

Sunday, July 19, 2009

DEALER BISKUT RAYA

Nak tambah pendapatan untuk raya, jom email saya kepada sesiapa nak jadi dealer biskut raya "Fancy Cookies".

Wednesday, July 15, 2009

TEMPAHAN COOKIES RAYA 2009

Saya membuka tempahan untuk cookies special "Fancy Cookies" untuk raya 2009 . Perasa quaker oat coklat dan 3 jenis bentuk iaitu bunga, hati dan cendawan.



Harga: RM 35 satu bekas (50biji)
RM 33 satu bekas untuk pembelian melebihi 100biji atau lebih dari 2 bekas

Tarikh tutup 21 Ogos 2009 Tetapi jika tempahan terlalu banyak, kami akan tutup tarikh tempahan lagi awal. First come first serve.

Cara penghantaran; self pick-up pada 5,6,12 dan 13 September 2009.
Jumpa di LRT Sg Besi pada 5/9 dan 6/9 pukul 3 -5 ptg
Jumpa di Kedai Perabot sebelah Econsave Balakong pada 12/9 dan 13/9 pukul 3-5 ptg.
luar dari KL, penghantaran pos laju pada 14/9 dan pos ditanggung oleh pembeli kecuali pembelian melebihi RM 200 pos adalah percuma.

Cepat tempah dan meriahkan meja raya tahun ini dengan kuih yang berwarna- warni.
Untuk tempahan sila maklumkan kuantiti, bentuk cookies dan cara penghantaran.