Sunday, April 6, 2014

cookies huruf A hingga Z


Ini juga tempahan dari pelanggan. Beliau tempah 2 bekas. Satu bekas ada huruf A-Z. RM 30 satu bekas. Terima kasih kepada yang tempah. Saya pun dah lupa juga namanya :(.

Cookies hehehe...


Dah lama saya tak update blog ini kerana tak sempat.  Bila buka blog, ohhh...baru terperasan, last update bulan Januari lepas. Sekarang dah bulan April. Ini adalah tempahan dari pelanggan saya untuk hari pertunangan kawannya. Saya nak tulis pun malu nama cookies ini...hahaha....

Tuesday, January 21, 2014

Jubah anak lelakiku...


Lama dah tak cerita perkembangan diri.  Ini adalah jubah anak lelakiku. 3 helai dapatku siapkan. Sebenarnya, tahun ini aku hantar anak lelakiku yang sulung belajar agama kat madrasah di Lubok Tapah, Pasir Mas Kelantan. Jadi banyaklah jubah di perlukan. Husband pulak suruh beli kain ajer dan jahit sendiri. Katanya lagi murah dan kita boleh cari kain cotton yang elok. Dengan kepakaran yang tak seberapa dan adanya jubah contoh, berjaya juga aku siapkan 3 helai dalam masa 4 hari. Menjahit secata intensif memandangkan masa yang suntuk. Nasib baiklah masa ini tiada tempahan cookies.  Lepas berjaya ajer jahit jubah, husband beli pulak kain cotton untuk jahit baju kurta 4 helai.  Yang ini pun nasib baik ada baju sampel jugak.  Jadi nak kena berusaha untuk siapkan secepat mungkin.

Tempahan cookies nama PIYA


Pelanggan yang tempah cookies yang ini pun saya lupa nak tanya nama.  Beliau tempah nama PIYA sebanyak 40 bungkus.  Masa buat cookies ni, datang mood untuk buat warna soft jer semua.  Maka siaplah cookies warna pastel dan lagipun pelangan ini tak request pun apa2 warna.  Jadi ikut suka hati sayalah nak deko camne :).

Tempahan nama AQEEL


Hari ini, saya ambik sikit masa untuk meng update cookies tempahan pelanggan.  Tempahan yang ini saya pun dah lupa siapa yang tempah. Sekarang semua guna whatsapp, jadi apa-apa cuma check kat whatsapp ajer. hihihi....

Sunday, January 5, 2014

Tahun Baru Azam Baru...2014


Sudah lama tak upload gambar2 tempahan cookies. Hujung tahun memang amat sibuk. Ini cookies dari Kak Lin yang ditempah bulan lepas. Huruf TQ saiz besar sebanyak 250 bungkus.

Alhamdulillah, tahun baru, azam pun baru. Tapi azam tahun lepas tak terlaksana lagi. carry forward tahun ni.. hahaha... Anak2 pun dah mula sekolah. Alhamdulillah anak sulung dah mula pengajian di sekolah pondok Lubok Tapah, yang ke 2 dah masuk sekolah menengah dan tinggal dengan mak di kampung. Sekurang-kurangnya boleh tolong temankan mak. Tinggal 2 orang sekolah rendah lagi tinggal bersama. Di harap perjalanan hidup untuk tahun ini berjalan dengan lancar. Tahun lepas penuh dengan kisah suka & duka. Pemergian kaum keluarga dan sebagainya. Azamku tahun ni masih sama seperti tahun lepas sebab masih tak terlaksana.In shaa Allah, semoga Allah permudahkan hidupku untuk tahun ini. Beri kesihatan yang baik dan sabar untuk menjaga anak2 dengan kerenahnya yang macam2.


Sunday, October 27, 2013

Akhirnya selesai pindah rumah

Alhamdulillah, akhirnya selesai misi pindah rumah. Dah sebulan lebih aku tak sempat nak buka blog sendiri. Selepas Raya haji baru betul-betul barang selesai pindah sepenuhnya.  Dari bulan September lagi memang bulan yang mencabar. Hari Sabtu dan Ahad pun kena out-satation sebab ada projek pejabat nak kena siapkan hujung bulan Oktober.

Rumah lama aku di naiki pencuri, nasib baik tak sempat ambik apa-apa barang. Tapi yang penting aku dan anak-anak tak ada apa-apa dan alhamdulillah masih dapat hidup lagi di bumi Allah ini.

Bulan ini nak kena siapkan biskut edible image untuk adik ipar yang akan melangsungkan perkahwinan  pertengahan bulan November nanti.  Baju seragan yang nak di pakai pada majlis tu pun belum siap jahit lagi. Oh...banyaknya perkara perlu dibuat hujung minggu. Kepada sesiapa yang nak mengorder cookies, tempahan sudah dibuka. Mohon maaf kepada yang nak menempah bulan lepas kerana terpaksa tolak tempahan.


Walaubagaimanapun, di sini saya sertakan tempahan bulan lepas yang tak sempat untuk di upload.