Saya akan buka kelas mendeko kukis ke rumah anda pada bulan April 2012 di kawasan Putrajaya, BTHO, Alam Damai dan Bangi. Berminat boleh email saya untuk tetapkan tarikh dan masa kelas iaitu hari Sabtu atau Ahad.
Memandangkan bulan April ini saya sedikit free, kepada sesiapa yang berminat untuk belajar dari membuat cookies sehingga mendeko juga boleh setkan tarikh dengan saya. Jangkamasa selama satu hari dan bayaran sebanyak RM250.00. Anda akan diajar dari menguli tepung, buat acuan sendiri seperti angry bird atau elmo, cookies huruf, dll dan akhirnya membakar kukis. Selepas itu anda akan diajar cara membuat royal ising, mewarna dan mendeko. Yang pasti anda akan gembira dengan hasil kerja anda sendiri. Satu kelas terhad 2 orang sahaja.
Wednesday, March 21, 2012
Tempahan Cartoon Sesame Street
Ini pula tempahan dari Intan. Beliau menempah cookies huruf IMAN dan cartoon cookies, family of sesame street, ELMO, BIG BIRD, MONSTER COOKIE and OSCAR. Esok Intan akan datang ambik. Harap beliau suka.
Hasil deko kelas di Kelantan
Inilah hasil deko dari adik Alya. Memandangkan Jumaat malam 9hb March baru bertolak ke Kelantan, jadi esoknya Sabtu petang selepas zohor baru saya pegi ke Rumah Aida di Kubang Kerian untuk ajar deko kukis. Semoga Aida dan anak2 berjaya deko untuk birhday anak2 nanti.
Monday, March 19, 2012
Tempahan Dari Farah Putrajaya
Ini tempahan dari Farah. Beliau nak ambik 23hb March, Jumaat. Tapi hari Sabtu 17hb Farah sms dia kena outstation dan nak ambik Ahad 18hb. Nasib baik saya dah siap buat cookies cuma nak deko sahaja. Ahad tghari saya hantar cookies dan janji depan Mydin Putrajaya.
Thursday, March 8, 2012
Kelas di Kelantan March 2012
Kepada warga Kelantan, saya akan bercuti dari 10 -14hb March 2012 sempena cuti sekolah. Saya akan buka kelas mendeko kukis pada tarikh tersebut dan untuk kawasan Kota Bharu, kelas akan dibuat di rumah anda sendiri. Pada 10hb saya akan adakan kelas di Kubang Kerian. Kepada sesiapa yang masih berminat untuk hadir kelas dari 11 - 14hb bolehlah sms saya. Kali ini saya cuma mengajar mendeko kukis menggunakan royal ising. Bayaran sebanyak RM 120.00. Semua bahan disediakan oleh saya.
Tempahan dari Aiza dan ira
Ini tempahan dari kawan office. Yang dalam bekas tu dari Ira. Seperti biasa, Ira akan tempah untuk anaknya setiap kali cuti sekolah. Aiza pula tempah untuk birthday anaknya IKHWAN. Happy birthday to Ikhwan.
Tempahan spell my name "CORALAN"
Ini adalah tempahan huruf yang ditempah bulan Januari lepas. memandang saya datang penyakit M.A.L.A.S, baru hari ini upload gambar. Saya pun dah lupa siapa yang tempah. Tapi yang saya ingat nama CORALAN itu adalah nama syarikat. Beliau tempah untuk di beri kepada semua staff.
Subscribe to:
Posts (Atom)
