Thursday, March 8, 2012

Kelas di Kelantan March 2012

Kepada warga Kelantan, saya akan bercuti dari 10 -14hb March 2012 sempena cuti sekolah.  Saya akan buka kelas mendeko kukis pada tarikh tersebut dan untuk kawasan Kota Bharu, kelas akan dibuat di rumah anda sendiri. Pada 10hb saya akan adakan kelas di Kubang Kerian. Kepada sesiapa yang masih berminat untuk hadir kelas dari 11 - 14hb bolehlah sms saya. Kali ini saya cuma mengajar mendeko kukis menggunakan royal ising. Bayaran sebanyak RM 120.00. Semua bahan disediakan oleh saya. 

Walaubagaimanapun, saya juga akan adakan kelas pada hari Ahad 18hb March 2012 di rumah saya di Balakong, Mines. Boleh sms saya untuk temujanji.

Tempahan dari Aiza dan ira



Ini tempahan dari kawan office. Yang dalam bekas tu dari Ira. Seperti biasa, Ira akan tempah untuk anaknya setiap kali cuti sekolah. Aiza pula tempah untuk birthday anaknya IKHWAN. Happy birthday to Ikhwan.

Tempahan spell my name "CORALAN"







Ini  adalah tempahan huruf yang ditempah bulan Januari lepas. memandang saya datang penyakit M.A.L.A.S, baru hari ini upload gambar. Saya pun dah lupa siapa yang tempah.  Tapi yang saya ingat nama CORALAN itu adalah nama syarikat. Beliau tempah untuk di beri kepada semua staff.

Wednesday, February 8, 2012

Tempahan dari Nana BTHO



Selepas raya cina, ini satu ajer tempahan iaitu dari Nana, BTHO. Sebenarnya selepas adakan kelas di Kelantan, saya kena ouststation ke Kenyir Terengganu. 24hb Jan, Selasa saya drive sorang2 dari Kelantan ke Kuala Berang Terengganu. Biasalah kerja sebagai penyelidik, masuk hutan kenyir. malangnya kali ini 4WD kami masuk lubang pada hari balik iaitu Jumaat 27hb.  Sebenarnya dah janji dengan husband kalau keluar hutan awal, Jumaat tu saya balik Kelantan.  Jam 8 malam baru sampai kem. Nak telefon memang tak ada line kecuali guna satellite phone. saya nekad keluar juga dan 9 malam baru dapat keluar. malam tu juga saya drive ke Kelantan. Nasib baik jalan tak berapa sibuk, malam katakan. Apa lagi saya pecut. 12 malam sampai rumah. Haaa....husband bukan main risau lagi. sabtu dapatlah rehat satu hari dan Ahad pagi dalam 11 pagi, saya travel ke KL pulak bawa anak2 balik. Ohhhh.....memang hari yang memenatkan.  Esoknya nak cuti tak boleh pulak sebab kerja dah menunggu.  Nasib baik ada hari cuti  maulidur rasul dan thaipusam, barulah dapat saya berehat 4 hari.  Sebenarnya Nana datang ambik sabtu malam dan dari Ahad hingga Selasa tak kerja saya memang boring sangat pulak. Tak adalah pulak tempahan.  Kerja rumah hari sabtu dah siapkan dan tempahan nana pun dah siap. Akhirnya lagi 3 hari cuti saya pergi jalan rumah adik dan makcik kat Sentul. Sebenarnya, saya memang suka jika ada banyak orang buat tempahan sebabnya tak adalah hari minggu masa terbuang begitu ajer.

Kelas di Kelantan pada 23 Jan 2012





Pada 23 Jan 2012, seorang ajer hadir kelas di Kelantan iaitu Suziana. beliau hadir untuk kelas deko kukis royal ising dan fondant. Saya ajernya secara percuma deko cupcakes basic seperti yang dijanjikan. harap selepas ini beliau mempraktikkan ilmu yang telah dipelajarinya.

Tempahan dari Hafizah Terengganu

Ini tempahan dari Hafizah, Terengganu. Huruf L & H warna hijau torquise dan bentuk love merah. Design ini di reka oleh Hafizah sendiri. Ini adalah tempahan sebelum raya cina tetapi di sebabkan sibuk teramat sangat, hari ini baru sempat upload gambar dalam blog

Monday, January 2, 2012

Kelas Deko Kukis Percuma Deko CupCake

Salam semua kepada warga Kelantan.  Sempena raya cina ini saya akan buka kelas deko cookies di Kelantan dari tarikh 22 Jan 2012 dan 23 Jan 2012. Sesiapa berminat boleh sms/email selewat-lewatnya 18 Jan 2012 untuk penyediaan bahan2. Anda boleh tempah mana-mana hari. Ambik peluang sekarang. Tak perlu bawa apa2 cuma bawa bekas untuk letak cookies. semua disediakan.

Berita baik lagi, istimewa untuk warga Kelantan Januari ini, kepada sesiapa yang daftar belajar deko kukis, saya akan ajar percuma deko 4 biji cupcake.

Cepat jangan lepaskan peluang ini.  Bayaran RM 150.00 untuk deko guna royal icing dan fondant