Wednesday, May 18, 2011

Emak masuk hospital, jahit tudung, jahit beg....sibuk...

Awal bulan ni memang betul2 sibuk. Ada juga tempahan cookies yang tak dapat saya ambik. Seminggu lebih saya cuti balik kampung jaga mak kat hospital (operation di bahu). Mak saya ada kencing manis. Entah kenapa tiba2 sakit bahu. Bawa hospital terus kena tahan. Dr. cakap bahu dah ada nanah sebab luka dalam. luar nampak biasa tapi rupa2nya kat dalam dah bernanah. Terus masuk wad dan dr kata kena buat pembedahan buang nanah. Mak saya kira beruntung juga, ada 4 orang anak perempuan dan kami berempat bergilir jaga dia kat hospital. Semua adik2 ambik cuti jaga mak. Kesian juga tengok abah jaga mak sorang. Saya kira bertuah juga dapat suami yang memahami. Dia sanggup jaga anak kat KL dan benarkan saya balik kampung jaga mak kat hospital.

Minggu ini baru lega. Ada 2 tempahan cookies saya kena siapkan. Satu hujung bulan ini dan satu lagi hujung bulan Jun. Kelas deco pun terpaksa saya tolak sebab penat. sekarang hari minggu dah sedikit sibuk. Sibuk mengemas rumah dan siapkan tempahan cookies. Dalam sibuk..... minggu lepas sempat lagi saya pegi kelas jahit tudung kat Gombak. Wow gembiranya dapat siapkan satu tudung. Tudung yang kedua.....tak tahu lagi bila nak mulakan. Kena cari kain.... cari pengeras..... tunggulah mood jahit tudung datang lagi :)

Hari Selasa lepas, cuti hari Wesak. Mood untuk buat cookies tak ada. Sabtu lepas baru hantar cookies kepada Kak Ezza. Tiba2 ternampak kain cotton yang dibeli kat kamdar dulu. Sebenarnya dah lama beli kain tu untuk buat projek kraftangan tapi tak bergerak2. Tergerak pula hati nak jahit tote beg untuk anak perempuan saya, Arfa. Bolehlah dia bawa telekung sembahyang ke sekolah kafa dengan beg baru. Siap satu.... saya jahit pulak beg sandang belakang untuk Ain.... saja2 mereka-mencipta. Gembiranya, dapat siapkan 2 beg. Anak lelaki ke tiga saya, nampak saya buatkan beg, dengki ler pulak. Minta saya buatkan pada dia juga. Mulalah saya jahit sling bag untuk lelaki pulak. Tengah semangat katakan. siap 3 beg. kain banyak lagi.... saja2 saya siapkan beg duit, beg uncang untuk Arfa dan Ain. Oh... penat...seharian ajer menjahit beg dan siap 5 beg. Arfa siap request supaya jahit satu lagi kepada kawan baik dia beg uncang. Dah penat... tapi sebab semangat menjahit tu, saya siapkan juga... last bag. Satu hari dapat siapkan 6 beg. Tengahari tak masak, saya dan keluarga makan kat kedai. Dalam peti sejuk dah tak ada lauk mentah cuma ada telur. Anak2 pun ajak makan luar. Itu yang banyak masa sebab dah tak masak. Inilah kisah saya sehari di hari cuti. Tapi yang paling gembira, anak2 saya semua bawa beg yang saya buat ke sekolah. Adib dan Arfa bawa ke sekolah kafa dan Ain bawa ke tadika. Tak sia2 saya menjahit seharian. Semua anak2 saya suka beg yang saya jahit. InsyaAllah nanti saya akan upload beg yang telah saya jahit :).

Sunday, April 17, 2011

Tempahan dari Ida, Terengganu



Ini tempahan dari Ida, Kijal Terengganu. Beliau menempah sebanyak 130 bungkus nama DAMIA. Terima kasih yer Ida, jauh order. nasib baik ada kawan turun KL tolong datang ambik. At least risiko pecah atau patah tak ada.

Tempahan dari Serdang




Ini tempahan dari Serdang. Namanya pun saya lupa juga sebabnya dia telefon petang dan nak ambik malam, hari yang sama. Sebenarnya saya tak sanggup nak buat sebab takut tak sempat nak buat. Pukul 9, saya janji dengan kak Lin jumpa kat Tesco Ampang untuk hantar biskut. Tak tahu pukul berapa nak sampai rumah. Tapi dia sanggup tunggu dan datang ambik walaupun pukul 1 pagi. Sebenarnya dia nak beri cookies ini kepada temannya yang akan bertolak ke oversea, UK keesokkannya. Balik kerja saya terus buat biskut dulu. Malam tu makan nasin lemak bungkus ajer. Lepas sembahyang maghrib, terus bergegas ke Ampang. Balik dari Ampang, selepas makan ajer, terus sambung deko pulak. Pukul 12 lebih baru siap. Siap ajer saya terus call dia. Kesian juga, dekat 1 pagi baru sampai rumah ambik cookies.

Tempahan dari Keramat KL



Sebenarnya saya pun dah lupa ini tempahan dari siapa. Minggu ni ramai menempah sampai lupa nama penempah, cuma saya ingat dia tinggal kat Keramat. Saya pun lupa juga nak tulis dalam buku. Beliau tempah tema purple putih.

Tempahan dari Kak Lin Gombak


Ini adalah tempahan dari Kak Lin buat kali ke2. Beliau menempah huruf TQ saiz besar, 30 bungkus dan beberapa nama. Untuk huruf saiz besar ini 80sen untuk satu huruf.

Tempahan dari Raja Azrina




Ini tempahan dari Raja Azrina. Beliau tempah last minute iaitu 1hb untuk diambik 2hb. Memandangkan tempahannya sedikit, cuma 20kpg orang berbaju pirate dan 20kpg muka smile, jadi saya ambik ler juga. Kalau banyak memang tak sempat saya buat.

Tempahan dari Linda



Dah lama rasanya saya tak update blog ini. Tak ada masa nak mengadap komputer untuk upload gambar2 terbaru. Tempahan juga banyak. Yang ini tempahan dari Linda, nama KHALED, tema biru putih.