Sunday, August 1, 2010

Tempahan dari Hasniza, Terengganu




Ini pula tempahan dari hasniza, Terengganu. beliau tempah huruf untuk 4 anaknya dan edible photo cookies gambar upin & ipin. Pagi Ahad, saya jenuh ke Bakery cari edible photo yang dah siap. Nasib baik ada jual gambar upin & Ipin. Selepas tu pening nak buat bentuka apa pulak. Minggu lepas saya beli cutter butterfly. Jadi nak cuba cutter baru dan idea tengah datang, saya pun mulalah buat colorful butterfly. Apa lagi perut pun dah kenyang. Saya masak simple ajer, kari siput sedut dan sotong singgang.

Pagi Ahad lalu saya pergi pasar dengan anak2. Mereka pun sibuk nak pergi pasar. Selalunya saya pergi dengan suami tapi memandangkan kakinya tak baik lagi jadi saya pergilah dengan anak2. Pagi Ahad tu sekali kejut dah bangun sebab nak pergi pasar. Saya pun bawalah sebab dari malam lagi beriya benar suruh kejut nak pergi pasar. Nak tahu saya pergi pasar mana?..... pasar borong Selangor. Kalau pergi pagi ikan masih fresh dan tak ramai orang. Saya dan suami biasanya pukul 7 pagi dah pergi. Tak adalah crowded nak memilih ikan. Yang bestnya, selepas beli belah, kami breakfast terus kat gerai situ. 3 orang anak saya yang ikut, katanya nak pergi lagi...best.... Apa yang best pun saya tak tahu....he...he...

Seminggu saya cuti, tempahan pun banyak juga. Di samping urus anak sekolah, sempat lagi saya buat cookies. Saya minta tolong husband ikatkan riben kat cookies2 tu. Nasib baik dia nak nolong. Ya, tempahan akhir minggu lepas dari Hasniza saya dah pos tengahari tadi. Harap dia suka :). Malam ni nak siapkan lagi 2 tempah untuk minggu ini. Biskut untuk tempahan raya pun tak sempat nak buat lagi. Risau juga.....

Tempahan cookies dari Azida KL



Ini pula tempahan dari Azida, maktab Perguruan Teknik, Cheras. Minggu lepas saya cuti seminggu sebab husband terputus jari kaki waktu buat rak kat rumah. Terkena handsaw. Memandangkan dekat ajer, saya pun hantar ajer by hand.

Tempahan dari Kak Lin Ampang



Ini tempahan dari Kak Lin, Ampang untuk birthday anaknya kat Langkawi. Sebenarnya saya tak perasan yang hurus "S" untuk logo superman tu sebenarnya warna merah juga. Last minute i change to red color. Tapi lupa nak ambik gambar. kak Lin juga ada msg sehari sebelum ambik untuk buatkan cookies anaknya kat UK. husbandnya nak pergi UK, so nak bawa untuk anaknya ucapan "GOOD LUCK ZARIL". Kuantitinya sikit, saya akan ambik yang order sikit jika saya ada tempahan banyak. Memang rezeki Kak Lin dan rezeki saya juga dapat tempahan. Nasib baik, selepas kak Lin msg, Hasniza dari terengganu dan Itri pula hantar msg nak tempah. Dapat ler saya buat untuk Kak Lin. Semalam Ahad jumpa kat Tesco Ampang hantar cookies.

Tempahan spell my name dari Mis, Mantin N9



Ini pula tempahan dari rakan sekerja saya. Beliau tempah sempena majlis bertunang dan akikah anak saudaranya. "Selamat Bertunang Mis"

Tempahan dari Dr. Sue lagi



Kali ini Dr. Sue tempah cookies pulak. Saya beri anaknya rasa 2 bungkus. Selepas tu beliau sms beritahu yang anaknya cakap cookies saya sedap sangat2 dan beliau tempah lagi untuk makan2.

Tempahan dari Jasni, Muar Johor



Ini tempahan dari Jasni untuk birthday anaknya "JARISS". Happy birthday.

Tempahan cupcakes dari Nurul



Ini cupcakes yang ditempah dari Nurul. Beliau baru email saya gambar yang diambil selepas kotak cupcakes dihiasi bunga hiasan. Cantikkan! Terima kasih Nurul kerana hantar gambar dan terima kasih juga sebab suka akak punya cookies dan cupcakes. Akak betul2 gembira bila awak telefon beritahu semua suka akak punya cupcakes.