Wednesday, June 15, 2016

Order Cookies di buka untuk bulan Ogos 16

Alhamdulillah hari ini sudah puasa hari ke 11. Tinggal sebulan lebih lagi untuk aku berehat panjang.  Tempahan cookies pun sudah hampir setahun tak aktif. Banyak tempahan terpaksa di tolak kerana kekangan kerja. Dalam setahun ini banyak pulak kerja luar.  InshaaAllah hujung bulan Julai ini, hari terakhir aku kerja makan gaji setelah hampir 20 tahun merantau negeri orang. 

Kepada kawan-kawan,  inshaaAllah saya akan mula ambik tempahan cookies bermula bulan Ogos ini. Kepada pelangan yang terpaksa saya tolak tempahan atau last minute cancel tempahan, mohon maaf banyak-banyak. Harap jangan serik untuk tempah dari saya lagi.

Diharap juga perjalanan hidupku selepas ini berjalan dengan lancar. Semoga Allah permudahkan segalanya. Di kesempatan ini, saya memohon maaf kepada semua kawan-kawan dan pelangan-pelangan jika ada tersalah bahasa atau perbuatan tanpa disedari. Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua.

Wednesday, April 6, 2016

Hampir setahun tidak buka blog ini, nampak banyak juga orang komen tanya soalan. maaf ler bebanyak.  Biasalah kerja bawah orang...dari tahun lepas banyak pulak outstation. sampai tak ingat kat blog ini..huhuhu..

Walaubagaimanapun, inshaaAllah tahun ini tahun terakhir saya bekerja makan gaji.  Bulan Ogos ini adalah hari terakhir saya bekerja makan gaji setelah 19 tahun berkhidmat tanpa jemu.  Lepas berhenti  kerja apa pulak nak buat? Buat masa ini tiada jawapan lagi... apa yang difikirkan buat masa ini... lepas berhenti kerja, berehat dan urus anak2 sekolah pulak.  Keutamaan sekarang adalah KELUARGA.


Wanted!Wanted!

As salam semua yang membaca blog saya ini.  Terima kasih juga kepada yang menjadi pengunjung setia blog ini.  Sudah lama jugak saya tidak buka blog ini... hampir setahun lebih. Walaubagaimanapun, pengumunan penting ini untuk berkenaan.  Ada sorang customer ini ada buat order tempahan cookies dan sudah bayar pun bulan lepas.  Tetapi malang tak berbau, telefon saya kena virus. habis tel kena reboot semula.  Sedihnya... whatsapp yang order cookies tu pun hilang jugak....TOLONGGG! mohon yang menempah cookies saya tu HUBUNGI saya SEGERA.  Tak silap saya yang tempah cookies tu sedang berpantang  dan beliau buat tempahan untuk emaknya... Tolong sangat2 hubungi saya sebab semua maklumat hilang.  Saya nak pulangkan duit semula pun tak tahu...tak silap saya beliau nak cookies tu bulan ini... risaunya...

Friday, June 5, 2015

Cookies huruf ARHAM



Semalam baru pos cookies tempahan ARHAM sebanyak 100 bungkus.  Hari ini hantar tempahan snow cake lg. Rezeki minggu ini. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas pemberianMu ini.

Tuesday, June 2, 2015

Snow Cake permintaan ramai


Alhamdulillah sehingga hari ini dah lebih 100 biji kek ini terjual. Rezeki untuk kek ini. Setiap bulan paling minima pun 5 biji memang terjual. Itupun sebab banyak outstation, kerja luar jadi tak boleh selalu ambik tempahan kek ini.  Walaubagaimanapun terima kasih yang minat dan membeli kek saya ini. TQVM to all :).

Tempahan cookies minion



Ini memang peminat Minion.  Dalam perjalanan nak pergi out station sempat lagi hantar cookies Minion ini kat Taman Maluri. Kebetulan ikut jalan situ.

Tempahan huruf TAS





Ini pulak tempahan huruf TAS sebanyak 200 bungkus. Terima kasih atas tempahan. Alhamdulillah siap jugak walaupun masa yang suntuk.

Tempahan benyuk cup cake


As salam semua,  lama saya tak update semua tempahan cookies. Sebenarnya sekarang banyak kerja luar dan jarang boleh ambik tempahan. Jadi saya mohon maaf ler yer kepada yang saya tak dapat buat.

Tuesday, February 10, 2015

Kisah kejayaan berniaga sendiri

Hari ini saya bukan nak masukkan gambar tempahan cookies tapi nak menceritakan kisah benar kejayaan sepupuku dalam perniagaan kuih-muih supaya dapat menyuntik semangat kepada pembaca-pembaca blog ini.  Begini kisahnya.

Bulan September tahun lepas, 2014, sepupu saya telah meminta pandangan dan nasihat untuk dia mendapat pendapatan lebih untuk menolong suaminya. Beliau ada beritahu hasrat untuk kerja makan gaji. Memandang beliau mempunyai 4 orang anak yang sekolah rendah dan masih kecil, saya galakkan beliau buat makanan dan hantar ke kedai-kedai. Saya suruh dia jual dadih dalam bekas-bekas kecil kerana cara masaknya senang dan cepat.  Mula-mula sepupu saya letak hanya satu kedai sahaja.  Kemudian saya suruh dia cari lagi 2 kedai untuk letak barang perniagaan dia.  Alhamdulillah masuk hari ke empat dan seterusnya dadihnya semakin laku. 

Sebulan selepas itu, sepupu saya cakap tuan kedai suruh dia buat kuih muih pulak.  Dia beritahu dia tak pandai membuat kuih.  Saya beri semangat kepada dia. Saya suruh dia cari resepi kuih kat facebook atau blog.  Pada permulaan, biasalah kuih tak menjadi sampai kena buang dalam tong sampah. Itu cabaran namanya.

Bulan Januari lepas 2015, Sepupu saya beritahu bahawa dia sudah boleh buka buku akaun dan menyimpan duit RM 900 sebulan.  Dia tunjuk juga rantai yang baru di beli.  Alhamdulillah beliau sudah berjaya.  Saya beritahu padanya yang saya makan gaji pun tak mampu simpan duit tiap-tiap bulan RM 900.  Beliau cuma penat sebab bangun pukul 3 pagi buat kuih dan pukul 7 pagi kerjanya dah selesai. Suaminya pergi menghantar kuih ke kedai-kedai.  Itu pun beliau cuma hantar ke tiga buah kedai.  Kalaulah dia hantar lebih dari 3 kedai.... mesti lagi banyak pendapatan.

Moral of the story... Usaha, Rajin, Kreatif... pasti berjaya.  Tak semestinya hanya makan gaji untuk mendapat pendapatan.  Bila di kaji, gaji beliau membuat kuih lebih banyak lagi dari gaji kerani makan gaji. Dia perlu menghabiskan masa selama 4 jam sahaja sedangkan kita yang makan gaji ni kena habiskan masa dari 8 pagi - 5 petang.  Anak beliau pun dapat jaga sendiri,  Anak-anak sentiasa dapat makan masakan ibu. Oh... banyak keuntungan dan kelebihan.

Teruja saya dengar cerita terbaru dari beliau.  Saya nasihat dia dan guide macamana untuk berjaya tetapi saya sendiri masih kerja makan gaji.  Saya berdoa supaya Allah bukakan rezeki saya untuk bekerja sendiri suatu hari nanti.


Thursday, January 29, 2015

Cookies Misai


Ini adalah tempahan cookies bentuk Misai bulan Disember tahun lepas.

Cookies Huruf


Ini adalah tempahan huruf bulan ini. Di pos sebelum saya out station minggu lepas.

Sunday, November 30, 2014

Snow cake


Ini pulak tempahan kek birthday. Alhamdulillah ramai suka snow cake ini.  Anak-anak dan suami pun suka. Tahun ini banyak pulak tempahan untuk kek ini. Memang tak sangka dah lebih dari 40 biji kek ini terjual.

cookies huruf sebekas RM 30


Ini untuk anak kawan. Dah lama dia tempah tapi baru ada kesempatan untuk buat. Setiap cuti sekolah memang akan di tempah untuk anaknya dari umur 5 tahun lagi dan sehinggalah sekarang anaknya sudah 8 tahun. Tq Ira :).

Tema ladybird


Ini tempahan dari Kuantan. Hari ini perlu di pos. Tempahan huruf AISY SYIFA IS 1 dan bentuk ladybird.

Thursday, November 6, 2014

Cookies Elmo



Kek tunang kawan


Baby shower theme

Ini pulak tempahan baby shower jugak. Untuk akikah. Di ambil seminggu sebelum raya haji.






Tempahan tema baby shower





 Ini pulak tempahan minggu lepas. Tema for baby shower. Kaler torquise dan pink.


Cookies huruf JANNAH

Sebenarnya cookies ini dah lama buat tapi sekarang baru ada masa untuk post kat blog.


Thursday, September 18, 2014

Sila hubungi segera...URGENT!!!

As salam,

Mohon sesiapa yang telah menempah cookies untuk aqiqah anak untuk raya haji ini. sila hubungi saya segera. Telefon saya, anak telah TERRRR.. BOOT. Habis semua maklumat dalam telefon.  HARAP DAPAT WHATSAPP SEGERA GAMBAR. Tq