Tuesday, March 26, 2013
Elmo lagi
Ini tempahan daripada Yanti Klang. Rupanya ramai peminat cartoon elmo. Rasanya dah banyak kali saya dapat tempahan untuk kartun Elmo. Yanti tempah 20 keping kartun elmo dan 100 bungkus huruf TQ.
Repeat order
Ini tempahan ke dua daripada Raja Azrina. Beliau tempahan gambar character ironman, hulk, thor, captain amerika dan spiderman. Beliau ada beri contoh. Nampak senang nak lukis tapi bila buat, ooo... payahnya. Macam character hulk, untuk menampakkan muka ganas memang susah nak lukis. Harap2 beliau taklah kecewa sangat dapat cookies nanti.
Sunday, March 24, 2013
clay class for my kids
![]() |
Ain - projek ke 4 |
![]() |
Arfa - projek 4 |
![]() |
Adib - projek ke 5 |
![]() |
Adib -projek ke 6 (last project for level 1) |
![]() |
Ain - projek ke 5 |
![]() |
Ain with her sun flower mirror (the third project) |
![]() |
Ain had finished 3 projects, just 1 more left |
![]() |
Arfa - projek ke 5 |
Monday, March 18, 2013
Tempahan cars and traffic light
Ini tempahan daripada Intan buat kali ke 2. Sebelum ini beliau tempah elmo. Mencabar juga membuat gambar kereta yang di minta. Tak berapa cantik sangat saya lukis. Lain kali tak mahu lagi ambik tempahan berbentuk kereta sebab tak pandai nak lukis :(.
Sunday, March 17, 2013
Kelas Clay Craft
Kelas Deko
Semalam Ahad petang, Khadijah dari Bt 9 cheras sempat datang belajar kelas mendeko kukis. Harap beliau praktiskan apa yang telah diajar supaya menjadi semakin mahir dalam seni mendeko kukis.
Sunday, March 10, 2013
Spell my name, bib, stroller dan botol susu
Sebenarnya saya pun dah lupa nama orang yang menempah. Beliau menempah huruf LYSA (120 bungkus) dan DANIA (100 bungkus). Janji hari Khamis 7hb nak jumpa kat LRT Sg Besi pukul 7 tapi terpaksa lewatkan sebab beliau terpaksa ambik suaminya kat Klang, Jadi pukul 9 lebih baru dapat hantar cookiesnya kerana dah janji dengan Lyena jumpa kat JJ BTHO untuk hantar cookies juga pada hari yang sama.
Inilah tempahan dari Lyena sebanyak 100 keping untuk anak saudaranya. Gambar botol susu, bib dan stroller. Tema pink putih. Kebetulan malam tu hujan memang lebat. Janji jumpa kat JJ BTHO/Balakong tapi saya telah terset kat otak jumpa kat carefour BTHO. Saya yang tersilap tempat sebab tak baca betul2 mesej. Maklumlah nak kena jumpa 2 customer pada hari yang sama. At last kami jumpa kat Econsave Balakong dalam hujan yang lebat. mohon maaf juga kepada Lyena.
Subscribe to:
Posts (Atom)