Ini tempahan dari Kay kamal. Beliau tempah " I LOVE U MY SWEETIE FOREVER LOQUE ALLY". Tempahannya sedikit tapi saya terima sebab ada yang menempah kuantiti yang banyak dan alang2 saya buat juga utk Kay. InsyaAllah esok atau Isnin saya janji untuk pos ke Melaka.
Thursday, April 29, 2010
Tempahan cookies dari Kay Kamal, Melaka
Ini tempahan dari Kay kamal. Beliau tempah " I LOVE U MY SWEETIE FOREVER LOQUE ALLY". Tempahannya sedikit tapi saya terima sebab ada yang menempah kuantiti yang banyak dan alang2 saya buat juga utk Kay. InsyaAllah esok atau Isnin saya janji untuk pos ke Melaka.
Tempahan cookies dari Rosida
Tempahan cookies dari Yati
Monday, April 26, 2010
Tempahan cookies dari Ani, Terengganu
Hari ini memang ada masa sikit, tu yang asyik mengupload gambar ajer. Ini cookies yang terakhir tempahan dari Ani, Terengganu untuk minggu ini. Tadi baru saya pos ke Terengganu sebab dia nak guna pada hari Khamis minggu ini. Sebenarnya saya tak ambik tempahan yang sedikit macam ini tapi sebab alang-alang saya buat biskut untuk Linda, itu yang saya ambik juga tempahan darinya.
Tempahan cookies dari Linda
Ini pula tempahan dari Linda untuk kali kedua. Terima kasih Linda sebab jadi pelanggan tetap. Beliau tempah warna pink semua. Tapi dalam gambar ini nampak macam merah pulak. Dulu saya buat untuk Linda campur warna merah putih tapi kali ini Linda minta semua pink dan dot putih sebab katanya tak mahu orang pilih2. Ha...ha... macam2 ada.
Tempahan cookies dari Zai
Ini pula tempahan dari Zai. Beliau nak colourful macam saya buat untuk Najwa. Ini datang idea untuk mencuba campuran warna untuk dot. Cantik jugakan. Zai tinggal di Rawang dan beliau nak buat akikah untuk anak. Itupun, adik lelakinya yang datang jauh tolong ambik cookies. Sebenarnya saya boleh pos untuk yang tidak boleh datang ambik sendiri sebab kos pos pun lebih kurang atau murah lagi.



Tempahan cookies dari Ira punya adik
Tempahan cookies dari Abby
Monday, April 12, 2010
Kelas Deko Cookies pada 22 Mei 2010
Kepada peminat kelas deko, saya akan buka kelas deko pada 22hb Mei 2010 (Sabtu), pukul 3 -5 petang. Yang berminat sila daftar sebelum 19 Mei 2010. Bayaran adalah sebanyak RM 100.00. Tidak perlu bawa apa-apa cuma bawa bekas untuk simpan cookies yang telah dideko sahaja.
Thursday, April 1, 2010
Tempahan spell my name cookies dari Ira
Ini pula tempahan spell my name cookies dari Ira, kawan baik saya. Dia tempah 2 bekas cookies huruf untuk anaknya makan. Yang lucunya, dia beritahu saya yang satu bekas sekelip mata ajer anaknya makan dan satu bekas lagi dia terpaksa sorok. Dia beritahu tak sempat nak ajar huruf2 tu kepada anaknya yang 2 tahun lebih tu dah dimasukkan ke mulut. Biskut itu saya masukkan juga oat. Rasanya lemak bercoklat, itu yang budak2 suka makan.
Tempahan cookies dari Zeta
Ini pula tempahan dari Zeta. Beliau tempah bermacam jenis cookies. Ada edible photo cookies, ada spell my name cookies dan hantaran cookies.




Tempahan spell my name cookies dari Najwa
Kelas Dekor pada 27hb Mac 2010
Akhirnya berjaya juga pelajar kelas deko pada 27 Mac 2010 mendeko kukis dan kelas habis hampir pukul 6 ptg. Jom tengok hasil deko dari Suzana dan Norlida (Shah Alam). Suzana dan Norlida memang semangat datang belajar deko. Norlida sebelum kelas Sabtu, beliau siap datang cari rumah dulu. Suzana pulak ini kelas deko ke 2 dia hadir. Harap beliau dapat mendeko kukis dengan jayanya kali ini. Good Luck semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)