Balakong sudah hampir 2 minggu tak ada air. Dengar khabar mungkin selama sebulan. Depan perumahan saya pun SYABAS dah letak tong air. Kami mengambil air dari tong tu. Penatnya kena angkut guna baldi. Nasib baik saya ada adik kat Putrajaya. Penuh ajer kain kotor satu bakul terus pegi basuh rumah adik.
Projek biskut raya pun terbengkalai. Air tak ada susah. Jumaat lepas mak mertua masuk hospital sebab kena batu karang di hempedu. Sabtu tu saya dan anak2 balik kampung sehingga Selasa. Oh... rasa leganya sebab tak payah nak fikir angkut air dan bestnya dapat buka puasa dengan husband dan mak ayah.
Ain pun ada tempah lagi 30kg cheese powder. Semalam baru hantar 10kg kerumahnya. Tunggu lagi stok 20kg sampai. Semalam Norashima dari Kuantan pun dah terima 10kg cheese powder. Alhamdulillah dah dapat 2 orang pemborong tetap. Semoga Allah permudahkan rezeki. Tak sabar rasanya nak berhenti kerja makan gaji. Minggu depan ada meeting kat UTM skudai. Tengah pening nak letak anak kat mana :(.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment