Alhamdulillah, dah 3 hari air ada, sejak Sabtu lepas. Dalam 3 hari ini pun tidur dah tak mengigau. Anak tanya kenapa ibu mengigau. Apa tidaknya... penat angkut air.
Hari Ahad, saya cepat2 siapkan biskut raya yang terbengkalai. Dah kira, ada 9 jenis dah siap. Bahan2 pun banyak lagi. oklah saya tunjukkan resepinya.
1 Biskut Cornflake pelbagai kacang
Bahan:
250g mentega
180g gula kastor
2 camca teh esen vanila
2 biji kuning telur
210g tepung jagung
150g tepung gandum
180g conflake (dihancurkan)
50g badam cincang
Cara:
1. Mentega dan gula di masukkan dalam bekas dan di pukul hingga kembang (sebati).
2.Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sehingga sebati.
3.Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan akhirnya masukkan cornflake dan kacang badam. Adunan di kaup balikkan sehinga serata semua.
4.Ambik sesudu adunan, bulatkan dan diletak diatas bekas pembakar.
5.Bakar dalam ketuhar bersuhu 180 selama 20 minit atau kekuningan.
6.Biarkan sejuk sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba!! Ini memang biskut kegemaran suami dan anak2. Hari tak raya pun saya buat juga jika husband request nak makan biskut ini. Satu balang dah dirembat oleh husband dan anak2. Sekarang tinggal satu balang lagi. Kacang boleh pelbagaikan. Kali ini saya buat adunan yang ada kacang kuaci ajer. Yang ada badam dan kuaci dan yang ada kacang badam ajer. Resepinya sama cuma kacang berbeza.
Tuesday, August 7, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment