Hari ini dah masuk 7 ramadhan. Tapi air kat perumahan saya masih tak ada lagi. Semalam cuti, service kereta, tengahari dalam pukul 1 lebih lori air datang. Saya sempat ambik 3 baldi. Itupun dah sakit pinggang. Kain kotor dah 2 bakul. Malam ni dah telefon adik kat Putrajaya, nak pergi rumah dia basuh kain. Dah 3 hari makan nasi ayam beli kat pasar ramadhan. Itu ajer yang senang tak perlu basuh pinggan mangkuk. Kalau masak nasi dan beli lauk pun banyak juga pinggan nak kena basuh. Itu tak memasak lagi. Teringin nak makan ikan bakar tempoyak. Ikan kembong pun dah beli tapi sabar jelah.... bilalah agaknya boleh memasak. Rasanya krisis air ni memang dah melampau.
Semalam walaupun cuti kerja tapi memang sibuk dari pagi ke malam. Pagi 8:30 appointment service kereta kat Perodua Balakong. Tengahari pergi CIMB Bangi bayar duit rumah. Singgah PKNS dengan Arfa suruh dia pilih baju raya. Tak adalah pulak yang berkenan. Petang, selepas ambik Ain dari taska pergi Taman Impian Ihsan, Balakong hantar Cheese Powder kepada Ain, 4 kg. Singgah terus pasar ramadhan. Malam hantar lagi cheese powder. Janji jumpa kat Mc Donald BTHO sebab orang tu tinggal kat Bandar Mahkota Cheras. Balik rumah singgah farmasi beli pencuci luka sebabnya Arfa dah pesan berkali2. Katanya dalam kotak ubat dah habis. Takut terjadi apa2 susah. Nasib baik saya ada anak yang concern pasal keselamatan :).
|
Sardin Bread Crumb dHati |
Oh... memang penat. Ain pun sibuk suruh saya masak lagi sardin bread crumb. 3 hari lepas buka puasa saya buat sardin bread crumb bentuk love untuk anak2 makan. Semua teruja. Senang ajer membuatnya. Ini pun dapat idea dari ctdelima blog. Dia buat bentuk bulat tapi saya buat bentuk hati sebab fully utilize the whole slice of bread. Besarkan... memang puas hati. Mungkin hari ini kalau sempat nak buat sausage bread crumb pulak. Simple dan tak perlu guna banyak air untuk mencuci pinggan mangkuk. Semalam beli roti john besar, sebiji RM 4. Mahalnya.... dan anak2 makan tak habis sebab tak sedap. memang rugi. Lebih baik saya buat sendiri, rasanya anak2 makan lebih banyak. Boleh customize sendiri nak letak mayonis/sos cili/sayur atau tidak. Tapi apakan daya, tengah rajin memasak, air pulak buat hal :(.
1 comment:
dekat ampang masih ok lagi air..kat puchong tak tahu la..huhuhuhu
Post a Comment