Sabtu, 21hb Julai 2012, hari pertama ramadhan untuk tahun ini. Tak sabar nak sambut puasa. Sahur pertama, ketiga2 anak saya bangun sahur. Faiz, adik bongsu saya pun ada. Dia datang KL sebab adik saya, Ida nak hantar dia ke Kulim Kedah, UniKL, Isnin dah kena melapor diri. Tahun ini Ain, 6 tahun yang paling semangat nak puasa. Tapi pagi-pagi bangun terus makan roti. Dia lupa yang dia puasa. Adib dan Arfa ada kokurikulum kat sekolah pulak. Pukul 7:15 am saya dah hantar kesekolah dan balik pukul 11 am. Balik sekolah, Adib buat perangai tak mahu puasa. Dia kata dia dah nak mati sebab puasa. Geram juga rasa hati .... tapi sabar.... puasa. Saya suruh dia mandi dan ajak buat kuih raya. Tiba2 ajer dia jadi semangat. Pergi mandi dah terus buat biskut oren tu. Arfa buat biskut conflake madu. Saya buat acuan tart. Ain yang paling seronok. Tukang merasa semua biskut2 dan kasi komen sebab dia yang tak puasa. Selepas bust biskut, semua anak2 saya tidur keletihan. Lepas sembahyang nak masuk dapur, dalam pukul 4 petang, air pulak tak ada. Angin betul.... dugaan hari pertama puasa. nasib baik ada 2 baldi air yang saya simpan. Masaklah juga dihari pertama, ikan talapia goreng, ayam gulai darat dan saya buat kuih buah melaka. Alhamdulillah, cukup untuk hari pertama puasa, tak perlu membazir.
Ahad, hari ke 2 puasa. Bangun sahur, air masih tak ada. Sabar jelah.... Saya dan Arfa ajer yang bangun sahur. Arfa makan nasi dan saya makan oat. Nak diet konon :). Risau badan naik. Tak ada buat apa pun sepanjang hari, cuma tengok TV. Sykur pukul 3 petang baru air ada. Apa lagi, saya ambik kesempatan, mandi, basuh baju, basuh selimut dan cadar dan memasak nasi. dalam pukul 4:30, saya keluar dengan anak2 ke Jusco. Rancang nak beli baju raya tapi.... oh...mahal dan tak banyak pilihan. Sempat rembat baju untuk Adib 3 helai. Anak lelaki senang, baju T-Shirt ajer. Yang perempuan cerewet sikit. Balik rumah singgah KFC beli ayam goreng dan singgah pasar ramadhan beli lauk sikit lagi. Cukup untuk hari ke 2 puasa. Sahur pun makan makanan yang sama. Alhamdulillah berjaya berpuasa untuk 2 hari ini. Harap2 tak bercuti puasa lamalah tahun ini.
Sunday, July 22, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment