Monday, July 15, 2013

Resepi: Pau gebu


Semalam untuk buka puasa saya beli rendang daging dari Kafe che Din kat pejabat ajer. Bila tengok rendang tu terlintas untuk membuat kuih pau inti rendang. Apa lagi, saya pun belilah lebih. Balik rumah lepas ambik anak sekolah petang terus uli doh. Sejak ada mixer industri memang mudahlah buat roti dan pau. cuma masukkan bahan dan biar mesin tu yang uli. Alhamdulillah jadi gebu betul. Sedap.  Saya sertakan juga resepi siapa yang berminat nak buat. Resepi ini saya ambik dari blog citarasawan.

Resepi Pau
Bahan
500 gm tepung pau BlueKey
1/2 sdb yis mauripan
1/2 cawan gula dibancuh dengan 260ml air
1/2 cawan lemak sayur
1 sdk pelembut roti
1/2 sdk ammonia bikarbonat (untuk elak pau kecut apabila masak. Pau juga lebih gebu dan kulit pau berkilat)

Cara membuat

Gaul semua bahan kecuali air. Setelah rata masukkan air dan uli doh yg lembut dan kenyal (seperti roti canai). Bahagi doh 1 ketul seberat 40g. Masukkan inti dan biarkan doh itu kembang 40 -45 minit. Selepas itu kukus selama 10 -15 minit.

No comments: