|
RM 65 (size 10 inci) |
Khamis ini (6/6/13) nak kena siapkan 3 biji Snow cake daripada kawan office. Tak sangka pulak snow cake ini mendapat permintaan ramai. Sedappp.... dibalut dengan cream cheese dan di taburi dengan cheddar cheese. Sesiapa yang suka makan cheese memang suka kek ini. Span keknya gebu. rahsia sebenarnya kek ini gebu, lembut sebab saya guna mixer industri dan teknik membuatnya mesti betul. Kalau resepi ada, teknik tak betul, kek tak akan jadi sedap juga. Itulah sedikit pengalaman saya dapat sejak 2 menjak ini. Kek ini sebenarnya adalah slice cake. Sesiapa yang nak order saya boleh potong siap2 kepada 25 keping. Sesuai untuk buat birthday anak. Yang pasti siapa yang dah rasa mesti nak order lagi :).
Bulan ini tempahan cookies tak banyak. Baru siapkan Shikin punya. Tapi tempahan snow cake inilah pulak banyak. At least adalah juga sesuatu yang boleh buat.
2 comments:
k.zura, nak rasa skit mcm sedap je
alhamdulillah setakat ni semua yang dah rasa cakap sedap :)
Post a Comment