Tuesday, May 14, 2013

Resepi Layer Cheese Cake


Memandangkan ramai kawan yang minta resepi. Saya masukkan dalam blog supaya senang korang nak tengok. Tak perlu nak tulis2 atau salin guna manual. Kat dapur masa nak buat, bukak ajer ipad/note II/labtop or what ever. Resepi ini pun saya ambik dari blog kongsi resepi.

Bahan A : Lapisan coklat

  1. 170g tepung serbaguna (diayak)
  2. 170g mentega (suhu bilik)
  3. 3 biji telur
  4. 220g gula kastor
  5. 45g serbuk koko dibancuh dengan 150ml air suam 
  6. 1 sudu kecil esen vanila
Bahan B: Lapisan Keju
  1.  600gm krim keju (pada suhu bilik)
  2. 2 biji telur
  3. 120g gula kastor
  4. 1 sudu kecil jus lemon/esen vanila
  5. 4 sudu makan tepung gandum
Cara: Lapisan coklat
  1. Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima.
  2. Masukkan telur satu persatu dan diputar dengan kelajuan sederhana.
  3. Masukkan esen vanila, bancuhan koko dan putar hingga rata.
  4. Akhir masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan spatula. Selepas itu baru diputar selama 20 saat saja. Ketepikan
 Cara: Lapisan Keju
  1. Putar krim hingga hancur dan masukkan gula sedikit demi sedikit.
  2. Masukkan telur dan esin vanila. Putar sekejap dan
  3. Akhirnya masukkan tepung gandum.
Cara Masak: Kukus
  1. Pastikan air kukusan panas dgn api perlahan. Sediakan loyang yang disapu dengan mentega.
  2. Adunan coklat dibahagi 3 dan adunan keju dibahagi 2.
  3. Mula2 tuang lapisan coklat pertama dan kukus selama 20 minit. Penutup loyang di balut dengan tuala bersih.
  4. Kemudian tuang lapisan keju keatas lapisan coklat tadi dan kukus selama 20 minit lagi. 
  5. Ulangi lagi sehingga habis semua adunan. Ada 3 lapisan coklat dan 2 lapisan keju dan setiap lapisan dikukus selama 20 minit.
  6. Akhirnya apabila semua selesai. Tambah lagi masa selama 10 -15 minit kukus.
  7. Setelah masak tutup api dan biarkan sejuk. Keluarkan dari loyang setelah kek sejuk.
Jom Marilah Mencuba!!! Kepada kawan2 yang dah buat jangan lupa bagi saya pulak rasa.

No comments: