Alhamdulillah, semalam mula kelas belajar tajwid. Rasa seronok sangat dapat belajar mengaji dengan cara betul dan belajar hukum2 yang sepatutnya. Perancangan dulu, dah berhenti kerja baru nak belajar mengaji dengan tajwid yang betul. Tapi sebenarnya nak seribu daya. Walaupun bekerja, jika betul2 kita nak menuntut ilmu ALLAH, in shaa ALLAH, tuhan permudahkan. Semalam ambik Ain dan Arfa lambat dalam pukul 7 baru sampai kat sekolahnya. Arfa dah membebel sebab ambik dia lambat. Bila saya beritahu dia saya ada kelas mengaji Quran, dia amat terperanjat sebab dia kata saya dah pandai mengaji. Saya beritahu dia saya nak betulkan bacaan lagi (tajwid). Seingat saya dulu ada belajar tajwid masa kat MRSM. Banyak dah tak ingat sebab tak amal. In shaa ALLAH, bila dah berumur ni, kenalah banyakkan lagi menuntut ilmu ALLAH walau sesibuk manapun kerja.
Sebelum ini, anak-anak saya, semua saya hantar berbayar ke kelas iqra/mengaji. Yang herannya anak saya dah darjah 4 tapi iqra tak habis2 lagi. Saya pun hairan, macamana ustazah sekolah kafa ajar. Inilah silapnya sebab terlalu berharap kepada orang. Seelok-eloknya ibu atau bapa mengajar sendiri anak2 mengaji. Saya sendiri pun mengakui juga silap sendiri. Alhamdulillah, ALLAH dah permudahkan saya apabila anak2 dah besar, adalah juga masa terluang untuk mengajar anak2. (* ingat dulu masa anak2 semua kecik2, nak makan pun kena bergilir dengan suami). Selepas kes anak bongsu saya Ain tak nak mengaji kat sekolah kafa dan nak suruh saya ajar, itulah saya terpaksa ambik initiatif untuk belajar tajwid. Setakat Iqra senang lagi nak ajar, kalau Ain dah masuk Al-Quran, kenalah saya ajar dia dengan cara betul. Sekarang pun Ain dah masuk Iqra 3, baru 4 bulan belajar iqra. In shaa ALLAH, ustazah beritahu semalam, 3 bulan belajar tajwid sudah boleh mengaji dengan sebutan betul. Hukum mempelajari ilmuTajwid adalah fardu kifayah, manakala
mengamalkannya yakni membaca al-Quran dengan bertajwid adalah fardu ain
bagi setiap Muslimin dan Muslimat yang mukalaf.
Wednesday, April 17, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment