Saturday, November 26, 2011

Tempahan CC dari Jiran, Lin




Ini tempahan cupcakes dari jiran saya, mak Ifan kawan baik Ain main waktu petang.  Jumaat petang Lin jumpa saya minta tolong buatkan cc untuk dia pergi ke rumah kawannya yang baru masuk rumah baru petang Ahad. Sebenarnya saya menolak sebab sibuk nak siapkan cookies Zaza yang nak ambik hari Ahad juga.  Minggu lepas saya kena outstation seminggu.  Petang Sabtu lepas baru balik dari Terengganu.  Ahad pulak pergi kenduri  rumah kawan. Selapasbalik kenduri husband bawa saya jalan2 pulak sebabnya malam dia dah nak bawa anak2 semua balik kampung. Husband kata dia nak spend time dengan saya the whole day.   Itu yang Isnin baru start buat cookies Zaza.  Risau betul kalau tak siap on time. Edible image yang ditempah tak cukup pulak. Lagilah saya kalut. Kena tempah lagi.  Orang tu tersilap print kuantiti. Yelah... nak siapkan 200kpg cookies.  Hari Rabu, kawan office pulak minta tolong buatkan cookies dan cc untuk ambik hari Jumaat pulak.  Nak menolak kesian pulak.  Saya pulak jenis orang yang merayu2 minta tolong tak sampai hati nak tolak. Alhamdulillah siap juga cookies Zaza dan nasib baik Lin nak ambik petang Ahad.  Sempatlah saya buat tengahari dan akhirnya siap juga cc Lin. Harap Lin suka.

Oh....minggu ini memang minggu yang memenatkan. Dalam seminggu saya kena siapkan 3 orang punya tempahan cc dan cookies.  Dahlah outstation seminggu masuk hutan Terengganu. penat dari outstation pun tak habis lagi, tempahan pulak banyak.  Hajat nak balik kampung pun terpaksa di tunda.  Semalam dah pegi beli tiket balik kampung sempena Sultan Selangor, cuti panjang. Dalam sibuk, sempat lagi saya pergi melawat atuk sepupu yang sakit, pergi melawat mak cik kat sentul dan pergi makan mee udang Mak Jah kat Wangsa Maju dengan adik, Ida. Mentang2lah husband tak ada, apa lagi.....lagi panjanglah langkahku....hee...hee...heee....

No comments: