Monday, September 19, 2011

Tempahan cookies dari Ana





Pernah dengar kartun POCOYO? Sebenarnya saya pun baru dengar. Ini permintaan dari Ana, nak kartun Pocoyo and Friends. Saya pun search internet rupa kartun tu. Ana telefon saya Isnin/Selasa minta tolong buatkan cookies untuknya dan nak buat jamuan hari Sabtu 17/9/2011. Nasib baik dia minta sikit cuma 40 keping dan Jumaat tu cuti hari Malaysia. Rasanya sempat buat. Petang Jumaat tu husbandnya datang ambik dari Subang Jaya. Harap2 Ana puas hati :).

Anak saya Ain (5 tahun) pun dah minta saya buatkan cookies untuknya gambar pink elephant seperti diatas. Saya ada 2 lagi tempahan yang nak siapkan dalam minggu ini. Bentuk love dan kartun elmo.

Minggu ini memang sibuk sikit. Tiba2 hari ini diberitahu kena pergi meeting di KK Sabah, Khamis ini. Rabu bertolak dan balik flight malam lepas meeting dan Jumaat tu ada ISO Refresher course for the whole day. Rasanya minggu ini memang memenatkan. Nasib baik semalam Ahad, saya dah buat operasi mengemas rumah sepanjang hari. Berguni2 kain baju sejak balik kampung raya hari tu tak berkemas dan tambahan asyik hujan ajer minggu ini banyak kain tak berlipat. Hajat hati nak habiskan puasa enam yang tinggal lagi satu hari tapi penat punya pasal tak jadilah puasa. InsyaAllah ada masa lagi.

No comments: