Friday, September 24, 2010
Kisah Raya dan UPSR
Akhirnya selepas sebulan puasa, 1 syawal pun baru berlalu, saya kalut pulak dengan anak UPSR. Raya ketiga, adik pulak kahwin. Memang sibuk raya ni. Anak sulung saya, Aidil tahun ini ambik UPSR, bukan main enjoy lagi. Macam tak ada periksa tahun ni. Kita sebagai ibu ini pulak yg takut dan berdebar2 untuk dia. 3 hari bercuti sebab aidil periksa, hari ni baru kerja. Rasa bebannya macam kita pulak yg ambik periksa. Sekarang saya sibuk pulak nak cari sekolah agama untuk Aidil. Pening...pening.... itulah pengorbanan seorang ibu untuk dapatkan yang terbaik untuk anaknya. Esok Sabtu cuti. Jadual beraya dah penuh untuk Sabtu dan Ahad. Malam ni memang kena kemas rumah, gosok baju sekolah dan semua kerja rumah kena siapkan. Nasib baik tak banyak tempahan cookies. Gambar adik kahwin pun belum dapat lagi untuk upload kat blog ni. Nanti ada kesempatan saya akan upload gambar tempahan cookies sebelum raya dan gambar adik kahwin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment