Sunday, August 1, 2010
Tempahan dari Hasniza, Terengganu
Ini pula tempahan dari hasniza, Terengganu. beliau tempah huruf untuk 4 anaknya dan edible photo cookies gambar upin & ipin. Pagi Ahad, saya jenuh ke Bakery cari edible photo yang dah siap. Nasib baik ada jual gambar upin & Ipin. Selepas tu pening nak buat bentuka apa pulak. Minggu lepas saya beli cutter butterfly. Jadi nak cuba cutter baru dan idea tengah datang, saya pun mulalah buat colorful butterfly. Apa lagi perut pun dah kenyang. Saya masak simple ajer, kari siput sedut dan sotong singgang.
Pagi Ahad lalu saya pergi pasar dengan anak2. Mereka pun sibuk nak pergi pasar. Selalunya saya pergi dengan suami tapi memandangkan kakinya tak baik lagi jadi saya pergilah dengan anak2. Pagi Ahad tu sekali kejut dah bangun sebab nak pergi pasar. Saya pun bawalah sebab dari malam lagi beriya benar suruh kejut nak pergi pasar. Nak tahu saya pergi pasar mana?..... pasar borong Selangor. Kalau pergi pagi ikan masih fresh dan tak ramai orang. Saya dan suami biasanya pukul 7 pagi dah pergi. Tak adalah crowded nak memilih ikan. Yang bestnya, selepas beli belah, kami breakfast terus kat gerai situ. 3 orang anak saya yang ikut, katanya nak pergi lagi...best.... Apa yang best pun saya tak tahu....he...he...
Seminggu saya cuti, tempahan pun banyak juga. Di samping urus anak sekolah, sempat lagi saya buat cookies. Saya minta tolong husband ikatkan riben kat cookies2 tu. Nasib baik dia nak nolong. Ya, tempahan akhir minggu lepas dari Hasniza saya dah pos tengahari tadi. Harap dia suka :). Malam ni nak siapkan lagi 2 tempah untuk minggu ini. Biskut untuk tempahan raya pun tak sempat nak buat lagi. Risau juga.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment