Menerima tempahan untuk Jamuan Hari Jadi anak, mengadakan Majlis Aqiqah,bertunang dan kahwin. Mengadakan kelas decor cookies pada hari Sabtu dan Ahad. Hubungi zuraothman@yahoo.com.my atau 019-2830701.
Thursday, July 9, 2009
Tempahan dari Taska Kreatif
Minggu ini memang minggu yang sibuk sebab ada banyak tempahan cookies. Alhamdullillah, syukur kerana tuhan murahkan rezeki buat Zura dalam bulan ini dan dapat jugak Zura siapkan tempahan on time. Pagi tadi dah hantar Spell my name cookies untuk adik "Adam", "Yasmin" dan "Qasrina", 50 bungkus setiap satu. Setelah beberapa hari, semalam baru siap deko semua cookies itu, dalam 850 huruf. Jenuh ler jugak mendeko dan tangan pun dah naik lenguh. Tapi bila time hantar, nampak muka pelanggan berseri-seri menerima cookies yang Zura deko, tenang dan gembira rasa hati. Kepuasan itu hanya Zura yang dapat rasakan. Ooo.... kali ini banyak ler pulak membebel. Ini Zura tunjukkan cookies yang telah dideko. Untuk membezakan siapa punya, Zura letakkan riben yang berbeza warna biru, pink dan hijau.


wah besh nye... bape rm kalau nak wat tulisan HAPPY ANNIVERSARY AZURA & FAZIL
ReplyDeleteEh panjang tu. Dalam satu bungkus maksima 7 huruf saja.
ReplyDelete