Tuesday, May 13, 2014

Sudah 5 tahun lebih.......

Bila tengok balik post2 yang lepas....rupa-rupanya dah 5 tahun lebih aku buat tempahan cookies ini.  Bukan masa yang singkat...penuh suka dan duka dalam 5 tahun ini tetapi terasa sekejap ajer....tanpa kita sedar pun, dah 5 tahun berlalu.....

Jubah pricess A cut



Bulan ini memang bulan yang tension.Saya kena siapkan final report. Projek dah nak tutup. Presentation pada 26hb ini tetapi consultant tak bagi2 lagi report. Memang tension kalau jadikan lecturer sebagai consultant. Ikut suka dia ajer. Tak fikir yang kita pun ada date line untuk hantar report. Itulah...kerja makan gaji.

Apa lagi, cuti wesak semalam saya siapkan satu jubah pricess A cut untuk raya yang kain plain tu. Jubah warna hot pink tu saya siapkan hari Ahad lepas.  Minggu ini baru nak beli lace untuk letak aksesori pada baju jubah plain tu.  Sebab tension dengan kerja, saya cuba menyibuk buat baju supaya tak memikir sangat kerja office yang tertangguh yang tak siap2.  Susah kerja kalau out of our control.  Semalam ada yang nak menempah cookies.  Alhamdulillah..dengan adanya tempahan cookies, tak adalah lagi saya memikirkan sangat kerja2 office yang terbengkalai tu.

Sabar...sabar...kena banyak bersabar.  Kena tenangkan hati....adalah tu hikmah disebaliknya...

Tempahan TQ


Ini tempahan huruf TQ sebanyak 250 bungkus dari Perak.  Tema kuning hijau untuk akikah anaknya. Minggu ini nak siapkan satu lg tempahan huruf juga.

Friday, May 2, 2014

Cookies huruf RZ


Ini pulak tempahan anak saudara Nana. Beliau tempah untuk anaknya Rania Zara. Bentuk huruf RZ sebanyak 150 bungkus. Tema pink + putih. Petang ini baru janji jumpa untuk bagi cookies ini. Harap dia suka.

Esok nak kena siapkan huruf TQ sebanyak 250 bungkus. Tempahan dari Perak. Isnin depan janji untuk pos.

Terima kasih kepada yang tempah cookies dari saya. Yang repeat order pun, saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana suka dengan cookies yang saya buat. Harap-harap anda semua puas hati.

Bentuk Lego



Ini tempahan dari customer kat Johor kalau tak silap saya.  Beliau tempah bentuk lego sebanyak 100 keping.