Tuesday, April 23, 2013

Mixer idaman hati

 

 Akhirnya dapat juga saya beli mixer idaman hati walaupun secondhand (baru guna 6 bulan). Saya beritahu, saya nak beli mixer tu sebab nak buat roti untuk anak2 bawa bekal kesekolah. Selama ini saya cuma goreng nugget, sosej, kentang dan beli roti yang dah siap untuk bekal anak sekolah. Sebenarnya makanan tu bukanlah makanan yang sihat. Alang2 ada duit sikit dari hasil buat biskut, itulah saya beli mixer untuk buat roti. Ada kawan yang dah janji nak bagi resepi roti. Dulu kawan saya ni pernah berniaga jual roti. Alhamdulillah, dah ada yang nak sedekahkan saya resepi roti. Terima kasih juga kepada Nurul dan hubbynya kerana sanggup hantar mixer dari Shah Alam ke rumah akak kat Mines Balakong pada Ahad lepas. In shaa allah, hujung minggu ni dah boleh buat roti (mood tengah semangat memasak).

Tempahan kali ke 2 daripada Zam



Ini adalah tempahan kali ke 2 daripada Zam Keramat. Beliau minta tema pink dan purple untuk birthday anaknya sendiri dan anak saudaranya. Terima kasih Zam kerana setia menempah daripada akak.

Wednesday, April 17, 2013

Mula kelas Tajwid

Alhamdulillah, semalam mula kelas belajar tajwid. Rasa seronok sangat dapat belajar mengaji dengan cara betul dan belajar hukum2 yang sepatutnya. Perancangan dulu, dah berhenti kerja baru nak belajar mengaji dengan tajwid yang betul. Tapi sebenarnya nak seribu daya. Walaupun bekerja, jika betul2 kita nak menuntut ilmu ALLAH, in shaa ALLAH, tuhan permudahkan.  Semalam ambik Ain dan Arfa lambat dalam pukul 7 baru sampai kat sekolahnya. Arfa dah membebel sebab ambik dia lambat. Bila saya beritahu dia saya ada kelas mengaji Quran, dia amat terperanjat sebab dia kata saya dah pandai mengaji. Saya beritahu dia saya nak betulkan bacaan lagi (tajwid). Seingat saya dulu ada belajar tajwid masa kat MRSM. Banyak dah tak ingat sebab tak amal. In shaa ALLAH, bila dah berumur ni, kenalah banyakkan lagi menuntut ilmu ALLAH walau sesibuk manapun kerja.

Sebelum ini, anak-anak saya, semua saya hantar berbayar ke kelas iqra/mengaji. Yang herannya anak saya dah darjah 4 tapi iqra tak habis2 lagi. Saya pun hairan, macamana ustazah sekolah kafa ajar. Inilah silapnya sebab terlalu berharap kepada orang. Seelok-eloknya ibu atau bapa mengajar sendiri anak2 mengaji. Saya sendiri pun mengakui juga silap sendiri. Alhamdulillah, ALLAH dah permudahkan saya apabila anak2 dah besar, adalah juga masa terluang untuk mengajar anak2. (* ingat dulu masa anak2 semua kecik2, nak makan pun kena bergilir dengan suami). Selepas kes anak bongsu saya Ain tak nak mengaji kat sekolah kafa dan nak suruh saya ajar, itulah saya terpaksa ambik initiatif untuk belajar tajwid. Setakat Iqra senang lagi nak ajar, kalau Ain dah masuk Al-Quran, kenalah saya ajar dia dengan cara betul. Sekarang pun Ain dah masuk Iqra 3, baru 4 bulan belajar iqra. In shaa ALLAH, ustazah beritahu semalam, 3 bulan belajar tajwid sudah boleh mengaji dengan sebutan betul. Hukum mempelajari ilmuTajwid adalah fardu kifayah, manakala mengamalkannya yakni membaca al-Quran dengan bertajwid adalah fardu ain bagi setiap Muslimin dan Muslimat yang mukalaf.

Tuesday, April 16, 2013

Tempahan kali ke 2 daripada Safea



Ini adalah tempahan kali ke 2 daripada Safea, Gombak. Sebelum ni beliau tempah semasa majlis bertunang dahulu.  Yang ini tempahan untuk majlis kahwinnya pada 28 April 2013. Ini kira pelanggan tetap ler. Beliau beritahu saya, semua orang kata cookies saya buat sangat sedap dan cantik, sebab tulah dia tempah lagi. Saya rasa terharulah pulak dengan testimoni daripada Safea. Bagi saya, rasa sedap tu subjektif. Ada yang suka rasa macam tu dia akan kata sedap dan yang tak suka mestilah dia akan kata tak sedap. Walaubagaimanapun, terima kasih Safea kerana membeli dan terima kasih juga atas jemputan kenduri itu. InsyaAllah jika ada kelapangan akak datang ke majlis awak.

Sunday, April 7, 2013

Tempahan huruf A.I.S.Y


Ini tempahan huruf AISY sebanyak 25 set tapi dalam bentuk loose. Tema kuning, merah dan hitam. Dalam kereta baru terperasan belum ambik photo lagi. Itu yang saya ambik gambar cookies yang dah di masukkan dalam plastik.