Wednesday, August 15, 2012

SelamaT HarI RayA

Di kesempatan hari yang mulia ini, kepada kawan2 dan semua yang pernah berurusan dengan saya, saya ingin mengucap Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin jika ada tersilap kata, perbuatan atau terkurang/terlebih semua perkara semasa berurusan dengan saya dalam urusniaga cheese powder dan cookies. Selamat bergembira di Hari Lebaran nanti.

Marble Cheese Cake dan Cheese tart

Marble Cheese Cake Moist

Marble cheese Cake Gebu

Cheese Tart
Alhamdulillah, semalam dapat juga siapkan 2 jenis mable Cheese Cake dan Cheese tart untuk bawa balik kampung hari ini.  Bapa mertua saya memang suka saya punya marble cheese cake.  Kali ini saya buat 2 jenis iaitu yang moist dan yang gebu. Kedua-dua jenis kek ini, hendaklah disimpan dalam peti sejuk baru kek rasa betul2 moist. Lagipun kek itu berasaskan cheese memang kena simpan dalam peti sejuk baru tahan lama. Semalam juga saya dah siapkan cheese tart sebanyak 2 tray. Anak saya Arfa yang letak blueberry dan cheese cream, itu yang nampak comot2. Saya pukul 3 pagi baru tidur selepas semua siap.  Hee...hee... sebenarnya selepas sembahyang maghrib terus tidur dulu dan dalam pukul 11 baru start buat.  Sebenarnya nak kata tidur betul2 tak adalah sebab anak2 asyik kejut tanya pukul berapa nak buat kek. Mereka tak sabar sebenarnya nak makan cheese tart. Adib sebelum tidur pukul 3 pagi sempat lagi makan cheese tart... tak sabar2 dia nak merasa makanan favourite dia tu.

Boboiboy.... Tempahan dari Shikin


Semalam akhir dapat juga saya hantar kepada Shikin cookies Boboiboy yang ditempah sebanyak 70 keping. jenuh juga melukis cookies ini.  2hari juga tidur pukul 1 pagi siapkan deko cookies tersebut. Memang mencabar betul kalau deko gambar muka. Nasib baik shikin suka. Selagi tak siap tempahan orang, memang hati ni rasa tak tenang jer :(. Selepas ini nak siapkan kek untuk raya pulak.

Monday, August 13, 2012

Tempahan dari Qin Perak





Alhamdulillah, sempat juga saya pos cookies Qin dari Perak. Beliau nak guna 29hb ini untuk majlis perkahwinan. Minggu depan saya balik kampung seminggu. Itu yang minggu ini siapkan dan terus pos.  Pos laju pun esok last beroperasi 15hb dan penghantarannya lepas raya. 16hb saya dah bertolak ke kampung.  Tinggal satu lagi tempahan yang nak kena siapkan. InsyaAllah malam ini siapkan dan esok dah boleh beri.

Sunday, August 12, 2012

Pengumuman... Cheese Powder Lepas Raya

Pengumuman,  semua belian runcit atau borong Cheese Powder adalah hanya boleh dibuat selepas Raya sebab saya akan bercuti  di kampung sehingga 26 Ogos 2012.

Tuesday, August 7, 2012

Resepi 9 jenis biskut

 2. Biskut Bunga cina

Biskut ini orang zaman dulu suka buat. Sangat rapuh dan cair di mulut.  Susah nak dapat resepi ini.  Ini pun dah lama berada dalam simpanan saya yang diambil dari keratan akhbar dan tiap2 tahun saya membuatnya. Rasanya anda patut mencuba untuk merasa kelainan rasa biskut.


Bahan:

100gm marjerin
90g gula kastor
1 biji telur
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung ubi

Cara:
Pukul marjerin dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan gaul hingga sebati. Dan kemudian masukkan tepung jagung dan tepung ubi.  Picit adunan atas loyang guna acuan bunga dan siap untuk dibakar pada suhu 180'C selama 15 minit. (Bergantung pada oven)


 3. Biskut Buble rice coklat



Biskut ini paling senang nak buat.  Caranya, double boil coklat masak dan selapas coklat cair, masukkan bubble rice. Boleh masukkan badam panggang dan kismis. Apabila semua bahan dah digaulkan, masuklah dalam bekas2 kecik. Senangkan.

4. Biskut Coklat Cip (sumber Hanieliza tapi telah diubah suai)


Bahan:
250g Mentega
1 sudu besar shortening
160g gula kastor
1 biji kuning telur
1s/k esen vanila
230g tepung gandum
20g serbuk koko
100g coklat cip
50g badam
50g nestum

Cara:
1. Gaulkan mentega, shortening dan gula hingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Gaul lagi.
3. Masukkan tepung gandum, serbuk koko dan nestum perlahan2.
4. Akhirnya masukkan badam dan coklat cip
5. Bakar dalam oven suhu 180"C selama 25 minit atau sehingga masak.
6.Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Biskut ini ranggup dan sedap.  Anda boleh mencuba.

5. Biskut Sugi Salju

Ini resepi saya ambik dari blog maklang. Dah rasa sample orang bagi dan rasa sedap.  Itu yang saya search dalam internet dan jumpa yang maklang punya resepi.  Tak silap mak gebu pun guna resepi sama. mat gebu pun cakap biskut ini memang sedap. Anda mesti cuba.

SUJI SALJU

A.
150g minyak sapi
100g butter
100g gula castor
1st esen vanila
1 biji kuning telur

B.
100g cornflakes - kisar halus
100g tepung jagung
50g tepung suji
280g tepung gandum - curah skit2 dulu sampai senang diterap

HIASAN: 150g tepung susu (mklang guna susu eveready, jadi takyah ltk icing lagi sbb manis sedang elok)
50g gula icing

Cara1. Sebatikan semua bahan A
2. Masukkan semua bahan B dan uli menjadi doh yg lembut.
3. Canai dan terap. Bakar pd suhu 150 selama 25' (ikut oven masing2 eh)
4. Dah masak, sewaktu masih panas gaulkan dengan campuran susu dan icing


6. Biskut valentino


7. biskut hazelnut


 8. Biskut Oren coklat Cip

Biskut ini saya dah beri resepi dalam entry sebelum ini.

 9. Biskut Cornflake Madu

Ini juga biskut paling senang nak buat. Cairkan marjerin, gula dan madu atas api perlahan. Berapa banyak? Boleh agak2. Bila dah mengelegak tutup api dan gaulkan dengan conflake. Masukkan juga kacang dan kismis jika suka. Akhirnya masukkan dalam bekas kecil dan bakar selama 10 minit dengan suhu 180'C. Apabila sejuk bolehlah dimasukkan dalam bekas kedap udara.

9 jenis biskut dah siap

Alhamdulillah, dah 3 hari air ada, sejak Sabtu lepas. Dalam 3 hari ini pun tidur dah tak mengigau.  Anak tanya kenapa ibu mengigau. Apa tidaknya... penat angkut air.

Hari Ahad, saya cepat2 siapkan biskut raya yang terbengkalai.  Dah kira, ada 9 jenis dah siap.  Bahan2 pun banyak lagi. oklah saya tunjukkan resepinya.





1 Biskut Cornflake pelbagai kacang

Bahan:
250g mentega
180g gula kastor
2 camca teh esen vanila
2 biji kuning telur
210g tepung jagung
150g tepung gandum
180g conflake (dihancurkan)
50g badam cincang

Cara:
1. Mentega dan gula di masukkan dalam bekas dan di pukul hingga kembang (sebati).
2.Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sehingga sebati.
3.Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan akhirnya masukkan cornflake dan kacang badam. Adunan di kaup balikkan sehinga serata semua.
4.Ambik sesudu adunan, bulatkan dan diletak diatas bekas pembakar.
5.Bakar dalam ketuhar bersuhu 180 selama 20 minit atau kekuningan.
6.Biarkan sejuk sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.


Selamat mencuba!! Ini memang biskut kegemaran suami dan anak2.  Hari tak raya pun saya buat juga jika husband request nak makan biskut ini.  Satu balang dah dirembat oleh husband dan anak2. Sekarang tinggal satu balang lagi. Kacang boleh pelbagaikan.  Kali ini saya buat adunan yang ada kacang kuaci ajer.  Yang ada badam dan kuaci dan yang ada kacang badam ajer. Resepinya sama cuma kacang berbeza.

Wednesday, August 1, 2012

Cheese Borong & Buka puasa diKampung

Balakong sudah hampir 2 minggu tak ada air.  Dengar khabar mungkin selama sebulan.  Depan perumahan saya pun SYABAS dah letak tong air. Kami mengambil air dari tong tu.  Penatnya kena angkut guna baldi.  Nasib baik saya ada adik kat Putrajaya.  Penuh ajer kain kotor satu bakul terus pegi basuh rumah adik.

Projek biskut raya pun terbengkalai.  Air tak ada susah.  Jumaat lepas mak mertua masuk hospital sebab kena batu karang di hempedu.  Sabtu tu saya dan anak2 balik kampung sehingga Selasa. Oh... rasa leganya sebab tak payah nak fikir angkut air dan bestnya dapat buka puasa dengan husband dan mak ayah. 

Ain pun ada tempah lagi 30kg cheese powder. Semalam baru hantar 10kg kerumahnya. Tunggu lagi stok 20kg sampai.  Semalam Norashima dari Kuantan pun dah terima 10kg cheese powder. Alhamdulillah dah dapat 2 orang pemborong tetap. Semoga Allah permudahkan rezeki.  Tak sabar rasanya nak berhenti kerja makan gaji.  Minggu depan ada meeting kat UTM skudai.  Tengah pening nak letak anak kat mana :(.