Wednesday, February 8, 2012

Tempahan dari Nana BTHO



Selepas raya cina, ini satu ajer tempahan iaitu dari Nana, BTHO. Sebenarnya selepas adakan kelas di Kelantan, saya kena ouststation ke Kenyir Terengganu. 24hb Jan, Selasa saya drive sorang2 dari Kelantan ke Kuala Berang Terengganu. Biasalah kerja sebagai penyelidik, masuk hutan kenyir. malangnya kali ini 4WD kami masuk lubang pada hari balik iaitu Jumaat 27hb.  Sebenarnya dah janji dengan husband kalau keluar hutan awal, Jumaat tu saya balik Kelantan.  Jam 8 malam baru sampai kem. Nak telefon memang tak ada line kecuali guna satellite phone. saya nekad keluar juga dan 9 malam baru dapat keluar. malam tu juga saya drive ke Kelantan. Nasib baik jalan tak berapa sibuk, malam katakan. Apa lagi saya pecut. 12 malam sampai rumah. Haaa....husband bukan main risau lagi. sabtu dapatlah rehat satu hari dan Ahad pagi dalam 11 pagi, saya travel ke KL pulak bawa anak2 balik. Ohhhh.....memang hari yang memenatkan.  Esoknya nak cuti tak boleh pulak sebab kerja dah menunggu.  Nasib baik ada hari cuti  maulidur rasul dan thaipusam, barulah dapat saya berehat 4 hari.  Sebenarnya Nana datang ambik sabtu malam dan dari Ahad hingga Selasa tak kerja saya memang boring sangat pulak. Tak adalah pulak tempahan.  Kerja rumah hari sabtu dah siapkan dan tempahan nana pun dah siap. Akhirnya lagi 3 hari cuti saya pergi jalan rumah adik dan makcik kat Sentul. Sebenarnya, saya memang suka jika ada banyak orang buat tempahan sebabnya tak adalah hari minggu masa terbuang begitu ajer.

Kelas di Kelantan pada 23 Jan 2012





Pada 23 Jan 2012, seorang ajer hadir kelas di Kelantan iaitu Suziana. beliau hadir untuk kelas deko kukis royal ising dan fondant. Saya ajernya secara percuma deko cupcakes basic seperti yang dijanjikan. harap selepas ini beliau mempraktikkan ilmu yang telah dipelajarinya.

Tempahan dari Hafizah Terengganu

Ini tempahan dari Hafizah, Terengganu. Huruf L & H warna hijau torquise dan bentuk love merah. Design ini di reka oleh Hafizah sendiri. Ini adalah tempahan sebelum raya cina tetapi di sebabkan sibuk teramat sangat, hari ini baru sempat upload gambar dalam blog