Friday, December 30, 2011

Tempahan cc dari Awin



Ini tempahan dari Awin sempena pertukaran taska anaknya Fatiha ke tadika baru. Saya buatkan cc simple deko ajer sebab nak kurangkan rasa cream.

Tempahan dari Mariam, Johor






Ini tempahan dari Mariam, Johor. beliau tempahan cookies huruf dan edible image cookies. Tema warna pink putih dan peach. memang sesuai dengan kaler yang di pilih sebab sesuai dengan gambar anaknya yang comel.

Tempahan dari Noni, Arau Perlis



2 minggu lepas saya pos spell my name cookies untuk Nonie di Perlis. Beliau menempah sebanyak 250 bungkus. Tema colourful. Alhamdulillah cookies tu sampai dengan selamat.

Kelas Deko Royal ising dan Fondant




Akhirnya, berjaya juga Huda  menghadiri kelas deko cookies royal ising & fondant. Orang pertama menghadiri kelas di Kelantan.  Semoga Huda berjaya.

Tuesday, December 20, 2011

Kelas Deko Kukus pertama di Kelantan

Alhamdulillah, pertama kalinya saya akan mengadakan kelas mendeko kukis di Kelantan pada Isnin minggu depan 26 Disember 2011. Sesiapa lagi berminat dialukan dan diminta confirm selewat-lewatnya hari Khamis 22hb Dis 2011.

Monday, December 5, 2011

Tempahan cc dari Zaza



Tempahan edible photo cookies dari sepupu Zaza sebanyak 200 kpg


CC untuk hantaran







 
Tempahan CC di tempah sebanyak 120 biji

Ini tempahan CC Zaza dan cookies sepupu Zaza.  Jumaat tengahari 2 Dis 2011, Zaza datang ambik cupcake dan cookies yang dia tempah untuk sepupunya. Temabiru/hijau torquise untuk cc dan cookies corak colourful.

Lepas ajer adik Zaza, Zizi ambik tempahan, saya terus pergi hantar service kereta. Appointment 2:45pm tapi hampir pukul 3 baru sampai. Hujan lebat sangat.  Malamnya berita tergempar mengenai bandar Kajang banjir kilat.  Kesian sesiapa yang pegi shopping tghari tu.

Petang saya pegi rumah adik, Ina kat Putrajaya ambik adik, Faiz yang baru tiba dari Kg.  Katanya selepas periksa paper akhir, SPM terus dia datang KL dengan adik saya Norizan naik bas malam.  Kononnya nak teman saya sebab tinggal sorang tapi hari ke 3 dah suruh saya hanatr rumah mak cik kat balakong.  Kat situ lagi ramai kawan2nya. 

Petang Sabtu (3 Dis 2011), saya bawa Ida dan Faiz tengok wayang cerita OMBAK RINDU lakonan Maya Karin, Aron dan Lisa Surihani.  Best ceritanya.  Sangat Sedih.  Saya tengok kat JJ Cheras Selatan dan nasib baik ada lagi 3 tempat kosong petang.  Memang saya rekomen sesiapa nak tengok pergilah....puas hati tengok kat panggung.  Ramai yang menangis tengok cerita tu....termasuklah saya.....hee...hee....hee... Kalau tengok dengan husband mesti saya dah kena kutuk :(