Saturday, November 26, 2011

Tempahan CC dari Jiran, Lin




Ini tempahan cupcakes dari jiran saya, mak Ifan kawan baik Ain main waktu petang.  Jumaat petang Lin jumpa saya minta tolong buatkan cc untuk dia pergi ke rumah kawannya yang baru masuk rumah baru petang Ahad. Sebenarnya saya menolak sebab sibuk nak siapkan cookies Zaza yang nak ambik hari Ahad juga.  Minggu lepas saya kena outstation seminggu.  Petang Sabtu lepas baru balik dari Terengganu.  Ahad pulak pergi kenduri  rumah kawan. Selapasbalik kenduri husband bawa saya jalan2 pulak sebabnya malam dia dah nak bawa anak2 semua balik kampung. Husband kata dia nak spend time dengan saya the whole day.   Itu yang Isnin baru start buat cookies Zaza.  Risau betul kalau tak siap on time. Edible image yang ditempah tak cukup pulak. Lagilah saya kalut. Kena tempah lagi.  Orang tu tersilap print kuantiti. Yelah... nak siapkan 200kpg cookies.  Hari Rabu, kawan office pulak minta tolong buatkan cookies dan cc untuk ambik hari Jumaat pulak.  Nak menolak kesian pulak.  Saya pulak jenis orang yang merayu2 minta tolong tak sampai hati nak tolak. Alhamdulillah siap juga cookies Zaza dan nasib baik Lin nak ambik petang Ahad.  Sempatlah saya buat tengahari dan akhirnya siap juga cc Lin. Harap Lin suka.

Oh....minggu ini memang minggu yang memenatkan. Dalam seminggu saya kena siapkan 3 orang punya tempahan cc dan cookies.  Dahlah outstation seminggu masuk hutan Terengganu. penat dari outstation pun tak habis lagi, tempahan pulak banyak.  Hajat nak balik kampung pun terpaksa di tunda.  Semalam dah pegi beli tiket balik kampung sempena Sultan Selangor, cuti panjang. Dalam sibuk, sempat lagi saya pergi melawat atuk sepupu yang sakit, pergi melawat mak cik kat sentul dan pergi makan mee udang Mak Jah kat Wangsa Maju dengan adik, Ida. Mentang2lah husband tak ada, apa lagi.....lagi panjanglah langkahku....hee...hee...heee....

Tempahan Edible ImageCookies dari Zaza



Akhirnya siap juga cookies Zaza.  Zaza ini memang pelanggan tetap saya.  Setiap tahun dia akan tempah dari saya untuk birthday anak dan husbandnya.  Kali ini Zaza tempah untuk perkahwinan adiknya.  Dia tempah 200kpg edible image cookies.  Minggu depan nak siapkan cupcake untuk adik Zaza pulak dan cookies untuk sepupu Zaza.  Rasa terharu betul bila Zaza beritahu yang emaknya suruh tempah dari saya.  Zaza kata maknya dah pesan walaumacamanapun tempah juga dari Kak Zura sebab biskutnya sedap.  Terima kasih Zaza dan emak Zaza (walaupun saya tak pernah kenal mak Zaza) sebab beri sokongan untuk saya.

Thursday, November 24, 2011

Tempahan dari Raidah





Malam ini pening kepala pulak tapi nasib baiklah dapat juga siapkan cupcake Raidah untuk pagi esok. Cookies saya telah siapkan semalam. Memandang saya kena siapkan tempahan Zaza sebanyak 400keping edible image cookies untuk ambik Ahad minggu ini jadi saya menerima tempahan Raidah dalam kuantiti sikit ajer. Beliau tempah cookies huruf dan cookies cartoon agry bird dan cars. Kali ini saya buatkan angry bird dan cars bentuk lain pulak tak sama dengan yang saya buatkan untuk shikin. Cookies cars yang saya buat untuk shikin lagi susah nak color dan tak berapa menjadi sangat.  Jadi kali ini saya buatkan cars bentuk depan ajer. Raidah juga tempah cc bentuk bola.  saya nampak tak berapa menarik jadi saya tambah aksesori lain seperti lalang. Nampak menarik sikit. colourful.

Monday, November 7, 2011

Tempahan cartoon cookies & fondant cc dari Shikin

Tema untuk akikah anak

The cars

The smurf



Thomas

Angry Bird


Friday, November 4, 2011

Vanila cheese cake untuk sekolah anak

cupcake layer pertama

Layer ke 2, cream cheese



Layer ke 3 - tutup dengan lapisan kek lagi
Dah siap masak - ada lapisan cheese di tengah


Dah siap deko fondant


Ini kek untuk Arfa, sempena hari kanak2.  Dia request perasa vanila sebab cikgunya tak makan coklat. Saya buat 37 biji cukup-cukup untuk cikgu dan kawan2nya.


Tuesday, November 1, 2011

Kelas Intensive Membuat dan Mendeko Kukis

Bulan Disember ini saya akan buka kelas intensive membuat dan mendeko kukis.  Anda akan diberi resepi dan membuat adunan cookies (hands-on), cara membuat cookies kartun seperti angrybird atau spongebob tanpa cutter khusus, cara membuat huruf, membuat cookies ada pemegang dan edible image. Selepas itu anda akan diajar membuat royal icing dan teknik mendeko. Cara mencampurkan warna dan akhirnya membungkus. Satu sesi terhad kepada 4 org sahaja.

Tarikh: 10/12/2011 , 11/12/2011 dan 12/12/2011 (boleh pilih mana2 tarikh)
Masa :pukul 10 pagi - 3ptg.
Bayaran RM 250
Tarikh tutup: 8/12/2011
Maklumat tambahan: Hanya perlu membawa bekas untuk letak kukis.