Thursday, October 27, 2011

Beg crochetku dah siap






Hampir sebulan, akhirnya siap juga beg jalan2ku.  Dah boleh guna. Jenuh nak siapkan beg ini.  Ada masa terluang ajer mesti aku kait sampai anak2 cakap ibu asyik dengan benang kait ajer. Oh... bahagianya dapat siapkan beg ni.

Tempahan dari Rose Keramat





Ini tempahan spell my name dari Rose. Tema light orange & riben orange.  Rose tempah sebanyak 100 bungkus untuk birthday anaknya.  Husband Rose datang ambik kat Masjid Uniten.

Monday, October 17, 2011

cupcakes Shikin


Ini permintaan dari empunya badan untuk masukkan gambar cupcakesnya dalam blog.  Ini tempahan dari kawan office.  Sebenarnya dah hampir 3 minggu dia tempah.  Hari ini baru dapat.  Macam2 masalah itu yang lambat beri pada dia.  Minggu sebelumnya kalut dengan husband yang nak balik kg, nak siapkan apa yang perlu. Minggu lepas saya sibuk pegi kelas dan macam2 lagi.  Tapi akhirnya Shikin dapat juga hari ini.  Dia beritahu husbandnya dah tanya. Itulah rasa bersalah dan semalam selepas ajar anak mengaji terus saya masuk "cooking room" siapkan cupcakes Shikin.

Kelas Figurine









Akhirnya berjaya juga saya membuat patung orang.  Jumaat lepas saya pergi kelas figurine Kak Min untuk tahu teknik membentuk orang. Sebelum ini saya buat guna fondant ready made tapi sekarang dah tahu buat sendiri.  Tapi kalau sikit2 order rasanya saya beli ajer fondant tu. Saya pergi kelas sebab nak tahu teknik.  Sekarang dah boleh buat kelas.  InsyaAllah saya akan buka kelas kek fondant di Kelantan bulan Disember ini jika ada permintaan.

Tuesday, October 4, 2011

Birthday Anak Kedua, Arfa





Gambar ini dah lama tapi tak ada masa nak upload. 31 Jan lepas adalah hari lahir anak kedua ku. Genap 9 tahun. 1 Feb pulak hari ulang tahun perkahwinanku dan 29 Jan hari lahir adik iparku. Sebenarnya kami adakan sedikit majlis makan 3 in 1 untuk kami ajer. Itu pun adik yang rancang. Makanan dan kek pun adik yang masak. Saya cuma sediakan ayam ajer sebab semua adik2ku nak makan ayam bakar ajer (barbecue). Adik saya Ida masak bee hoon dan kek dan cupcake. Adik saya Ina buat sandwish dan karipap segera dan saya masak mee bandung (perencah segera), nugget dan perap ayam. Jom tengok ganbar yang diambik oleh anakku, Adib.



Birthday anak Zura, NUR AIN ARIFAH

Ini cookies special untuk birthday anak bongsu Zura, Ain. Siap gambar Snow White lagi. InyaAllah minggu ini nak siapkan spell my name dan edible photo cookies pulak untuk diberi kat Taska.



Jadi tak rupa Snow White yer?

Tempahan dari izzati

Ini tempahan dari Izati untuk dijadikan salah satu hantaran perkahwinannya.  Beliau tempah nama AYON dan DIDA kaler campur biru muda dan unggu muda dan kukis bentuk hati saiz S 10 kpg warna merah hati.  Sebenarnya beliau nak ambik sebelum 22hb Oktober tetapi saya siapkan awal kerana memandangkan saya akan outstation selama seminggu bermula 24hb oktober sehingga 29hb.

Saya berharap sesiapa yang nak menempah cookies boleh email atau sms tetapi saya akan menjawap semua email/sms selepas balik outstation atau jika ada kesempatan.  Sebenarnya selama seminggu itu saya akan berada dalam hutan Hulu Terengganu untuk satu projek penyelidikan.  


Tempahan dari Adibah Spongebob

Ini tempahan cookes dari Adibah, cartoon Spongebob.  Beliau tempah saiz kecil dalam 4cm.  Jenuh juga nak melukis sebab semakin kecil cookies semakin susah nak mendeko dan mewarna.  Alhamdulillah siap juga 60 kpg tapi saya sendiri tak puas hati sebab saya nampak tak berapa kemas.  Color hitam buat hal pulak.  Saya gunting kecik muncung piping bag, warnanya keluar tersekat-sekat tetapi bila gunting besar sikit, warnanya keluar banyak.  Rasa geram betul kat pewarna hitam.  Harap2 Adibah puas hati.

Projek bag crochet

Ini adalah beg yang saya buat untuk Ain yang dia guna waktu raya puasa lepas. 

Cuti minggu lepas saya dah siapkan beg untuk adik pulak.  Dia minta buatlkan beg warna hitam putih dan ada rambu-ramba.  Siap juga.  Jumaat ni husband balik kg. minta dia bawakan sama untuk beri kat adik saya.   Sebenarnya beg ni saya buat masa rehat panjang hari Jumaat dan sambil2 tengok TV.  Minggu ini, saya belum fikir lagi nak buat projek apa pulak.