Thursday, September 29, 2011

Tempahan ELMO dari Niza Shah Alam


Ini tempahan dari Niza. Yang tolong menempahnya adalah adik Niza.  Menurut Niza, adiknya pernah menempah dengan saya sebelum ini.  Siapa yer? saya pun dah lupa.  Beliau tempah cartoon ELMO 50 keping. Tengoklah hasilnya.  Anak saya Ain menempah juga elmo ini.  Dah banyak cookies yg saya janji nak buatkan untuk dia, POCOYO, ELMO, oh...banyaknya :).

Bulan ini ramai pulak yang tempah cookies cartoon. Minggu ini nak siapkan cookies Thomas dan ada juga yang tanya minta saya buatkan cookies cartoon angry bird.  Setelah menceburi bidang cookies ini, saya jadi pelukis cartoonlah pulak haa..haa..haa..

Tempahan dari Ana


Ini tempahan dari Ana.  Tema pink dan putih. Jumpa kat masjid Uniten untuk ambik cookies ini. Beliau tempah untuk pertunangan adik iparnya. Sebenarnya, saya buat cookies ini cukup2 100 keping seperti yang di minta tetapi malang tak berbau, cookies ku ini dimakan oleh anak2ku tanpa pengetahuan.  Bila kira2 rupanya tak cukup 7 keping. Geramnya rasa hati....sabar...sabar nak buat camne budak2.  Nasib baik ada tempahan lain yang nak juga bentuk love dan saya dah buatkannya. Tak adalah kena uli adunan semata2 untuk buat 7 kpg cookies. Minggu ini nak kena siapkan lagi 3 tempahan sebelum saya keluar outstation.  Husband pun dah ingatkan saya lain kali kalau buat cookies lebihkan untuk langkah "kecemasan" :).

Monday, September 19, 2011

Tempahan cookies dari Ana





Pernah dengar kartun POCOYO? Sebenarnya saya pun baru dengar. Ini permintaan dari Ana, nak kartun Pocoyo and Friends. Saya pun search internet rupa kartun tu. Ana telefon saya Isnin/Selasa minta tolong buatkan cookies untuknya dan nak buat jamuan hari Sabtu 17/9/2011. Nasib baik dia minta sikit cuma 40 keping dan Jumaat tu cuti hari Malaysia. Rasanya sempat buat. Petang Jumaat tu husbandnya datang ambik dari Subang Jaya. Harap2 Ana puas hati :).

Anak saya Ain (5 tahun) pun dah minta saya buatkan cookies untuknya gambar pink elephant seperti diatas. Saya ada 2 lagi tempahan yang nak siapkan dalam minggu ini. Bentuk love dan kartun elmo.

Minggu ini memang sibuk sikit. Tiba2 hari ini diberitahu kena pergi meeting di KK Sabah, Khamis ini. Rabu bertolak dan balik flight malam lepas meeting dan Jumaat tu ada ISO Refresher course for the whole day. Rasanya minggu ini memang memenatkan. Nasib baik semalam Ahad, saya dah buat operasi mengemas rumah sepanjang hari. Berguni2 kain baju sejak balik kampung raya hari tu tak berkemas dan tambahan asyik hujan ajer minggu ini banyak kain tak berlipat. Hajat hati nak habiskan puasa enam yang tinggal lagi satu hari tapi penat punya pasal tak jadilah puasa. InsyaAllah ada masa lagi.

Sunday, September 18, 2011

Tempahan cookies dari Farah





Ini tempahan cookies dari Farah. Beliau datang office saya untuk ambik cookies pada 15/9/2011 (Khamis). Bentuk love dan bintang colourful. Nasib baik tiba2 dapat ilham untuk deko atas cookies tu. 2 bentuk cookies tu dimasukkan dalam satu bungkus sebab saiznya kecil. Itu permintaan Farah sendiri.

Tempahan cookies dari Nadia



Ini tempahan dari Nadia untuk nama KAYLEE. Warna tema pink dan putih. Sebenarnya cookies ini dibuat dalam bulan puasa. Sekarang baru ada masa upload ke blog
fg

Wednesday, September 7, 2011

Kelas deko kini dibuka

Untuk makluman, saya akan mula buka kelas deko kukis untuk bulan September ini pada minggu hadapan.