Sunday, January 30, 2011

kelas deko kukis pada 3hb Feb 2011 (CNY)

kelas deko kukis akak diadakan pada 3hb Feb 2011 (CNY- khamis), 3 - 5 petang. Bayaran sebanyak RM 120. Untuk confirm sila buat bayaran selewat-lewatnya pada 1hb Feb untuk saya menyediakan bahan.

Thursday, January 13, 2011

Tempahan dari Dalila



Ini pula tempahan dari Dalila. Beliau nak ambik 20hb ni (Thaipusam). Saya sudah siapkan awal sebab tempahannya sikit dan alang2 buat tempahan lain saya siapkan yang beliau juga. Temanya warna biru dot putih dan putih dot biru.

Tempahan dari CT, Tanjung Malim Perak



Ini pulak tempahan dari CT, Tanjung Malim Perak. Semalam adiknya yang kerja kat Cyberjaya yang datang ambik. Majlisnya akan diadakan pada hari Sabtu ini. Minggu ini dah tak ada tempahan. Sabtu ini saya cuma perlu siapkan cupcakes yang ditempah oleh jiran untuk majlis akikah anaknya sebanyak 50 biji.

Tempahan cupcakes dari Dr. Sue





Dr Sue, Alam Damai tempah lagi cupcakes untuk birthday anaknya. Sebenarnya beliau nak tempah kek tapi saya tak sanggup nak buat sebab tak mahir lagi. Jadi saya minta beliau cari tempat lain. Tapi dia mesej minta cupcakes pulak. Tempahannya sikit ajer 16 biji, jadi pagi Sabtu tu baru deko dan pukul 10 pagi dah boleh hantar kerumahnya.

Tempahan dari Shuhada, Pahang



Ini pula dari Shuhada yang tinggal di Pahang. Saya pun lupa kawasan mana kat Pahang tu. Sebenarnya beliau balik bercuti di rumah maknya di Ampang dan nak buat birthday anak2 anak dan anak2 buahnya. Saya jumpa beliau kat LRT Tasik Selatan untuk bagi cookies yang di tempahnya.

Tempahan dari Suliani, Johor



Ini tempahan special sikit. Suliani dari Batu Pahat Johor tempah cookies bentuk jersey. Sebenarnya saya dah tersalah buat jersey. Suliani minta jersey MU tapi saya buat jersey Liverpool. Bila Suliani dah terima cookies yang saya pos tu, katanya tersilap jersey. Suliani ada email jersey Liverpool, jadi saya sangka dia nak buat macam jersey tu. saya tak perasan pulak dia ada tulis nak jer MU. Nasib baik dia terima juga jersey tu.

Tempahan dari Adyani, Perlis



Ini pula tempahan dari Adyani di Kangar Perlis. Saya hantar melalui pos laju. Alhamdulillah tak ada yang pecah. Pos laju ni tengok keadaan juga. Kadang2 mutu perkhidmatannya bagus dan kadang2 tidak. Ada yang pernah saya pos huruf jadi patah2 dan ada yang ok ajer. Mungkin ada yang buat kerja kasar. Dah ada signboard FRAGILE tapi masih baling2 kotak tu.

Tempahan dari Najihah



Ini tempahan dari Najihah kat Kota Bharu Kelantan. Beliau tempah sebanyak 200 bungkus tema pink putih huruf S + love + M. Cookies ini untuk di beri sebagai gift kahwin. Katanya beliau pernah tengok cookies ini semasa kenduri kawannya Ijan. Sebenarnya, Ijan ada tempah dulu dari saya.

Tempahan dari Murni, Damansara



Ini adalah tempahan dari coursemate lama, Murni untuk anak perempuannya AAISHA.

Monday, January 10, 2011

kelas deko kukis pada 20hb Jan 2011 (Thaipusam)

Salam semua,

Saya akan mengadakan kelas deko kukis pada cuti Thaipusam (20hb Jan 2011), Jam 3 - 5 ptg. Jika berminat sila confirm 2 hari sebelum kelas untuk saya sediakan bahan. Bayaran sebanyak RM 120 dan diadakan di rumah saya, Balakong. Pembayaran untuk confirm boleh dibuat sebanyak 50% atau penuh. Tak perlu bawa apa2. Semua disediakan. Sila beri juga email add untuk saya beri peta kerumah.

Kelas pada 8 Jan 2011



Ini hasil deko dari Fatin, pelajar pertama untuk tahun 2011. Beliau belajar deko untuk buat gift pada hari perkahwinan abangnya. Fatin, Semoga berjaya.

Tempahan dari Bangi



Sebenarnya tempahan ini dah lama (tahun lepas lagi) tapi saya lupa nak upload. Walaubagaimanapun saya kena upload juga sebab nak tunjuk campuran warna light purple and light blue memang cantik. Kawan saya ini tempah untuk untuk dijadikan sebagai hantaran.