Friday, December 3, 2010

Promosi


RM 1 termasuk pemegang



RM 11.00 (A-Z ada 26 huruf)

Promosi cookies diatas sahaja dari 6hb Disember sehingga 17Disember 2010 (2 minggu sahaja). Boleh tempah dalam tarikh tersebut untuk mendapat harga yang ditawarkan.

Wednesday, December 1, 2010

Tempah dari Niza



Ini pulak tempahan dari Niza. Beliau tempah TQ sebanyak 50 bungkus untuk pertunangan sepupunya. Niza datang ambik lewat malam (pukul 11 lebih) pada 22hb Nov lepas.

Tempahan dari Brunai



Ini adalah tempahan dari Hajjah yang belajar di Malaysia. Beliau tempah last minute. Hari Ahad (22 Nov 2010) tempah untuk saya pos hari Isnin sebab hari Khamis pagi beliau dah bertolak pulang ke Brunai. Minggu ini saya tak banyak order. Dapatlah siapkan juga tempahannya untuk dibawa pulang ke Brunai.

Tempah dari Azura, Shah Alam



Ini adalah tempahan dari Azura iaitu bekas pelajar kelas deko saya. Beliau tempah nama ZARA sebanyak 50 bungkus. Saya tanya beliau kenapa tak buat sendiri ajer. Beliau beritahu yang bentuk huruf susah nak buat dan lambat. Itu yang dia kata senang order ajer bentuk huruf tapi bentuk lain dia buat sendiri.

* Hanya yang pernah cuba buat sahaja tahu kesusahannya.

Kelas deko kukis bergerak

salam,

Bermula bulan Disember ini, saya akan mengadakan kelas deko cookies di rumah pelajar. Kawasan KL dan Selangor sahaja. Minima 2 orang dan bayaran sebanyak RM 150.00 (termasuk kos tol/minyak). Boleh email/sms jika berminat untuk tentukan tarikh.

**Saya akan buat kelas di Kelantan pada penghujung bulan 12. Boleh daftar jika berminat.