Tuesday, November 23, 2010

CuTi...cUtI

Salam semua,

Ingin dimaklumkan bahawa bermula 25hb sehingga 29hb Nov, segala tempahan mestilah melalui telefon kerana sy bercuti di kg.

Tuesday, November 16, 2010

kelas deko kukis

KELAS DECO COOKIES

Kelas deko akan diadakan pada 4 Dec 2010 (Sabtu) dari pukul 3 ptg - 6 ptg. Tempat adalah terhad. Max 6 org. Bayaran RM 120.00. Anda akan diajar 5 jenis cookies. Cartoon cookies, edible photo cookies, spider web cookies, cookies dgn pemegang (stick) dan alphabet cookies. Anda akan diajar cara membuat royal icing dan mencampur warna cara mudah. Resepi akan diberi. Anda juga akan diajar cara membungkus. Tak perlu bawa apa2 kecuali bekas untuk bawa balik cookies.

***Special untuk peserta yang menghadiri kelas saya akan dapat membeli edible photo dengan harga yang lebih murah.

Monday, November 8, 2010

Tempahan dari Zaza





Ini tempahan edible photo cookies dari Zaza untuk pertunangan sepupunya. Beliau tempah untuk dijadikan sebagai gift untuk tetamu sebanyak 100 keping. Sebenarnya Zaza ni pelanggan tetap. Memang tiap2 tahun dia akan tempah cookies. Terima kasih Zaza.

Sunday, November 7, 2010

Tempahan dari Siti, Serdang


Bentuk love di riben sama dengan huruf TQ

Ini tempahan yang paling banyak aku terima selama berkecimpung dalam dunia cookies ni. Siti dari Alor Setar, Kedah yang bekerja di Serdang Selangor menempah 650 set huruf "TQ", 650 keping bentuk love dan 100 set "S +btk love kecil + S". Beliau tempah untuk dijadikan gift pada hari perkahwinannya. Hari Jumaat lepas, hari Deepavali beliau datang ambik. Terima kasih Siti kerana menempah cookies akak.


huruf TQ ada 4 warna yang dipilih iaitu warna pink dot biru, biru dot pink, pink dot putih dan putih dot pink.





Bentuk love yang pelbagai corak dan warna supaya cookies tu nampak lebih ceria. Perasa Vanila.



Huruf S +love+ S ini 100 set untuk di beri kepada jemputan yang istimewa seperti kawan2. Siti order semua cookies huruf perasa coklat oat dan bentuk love besar perasa vanila. Temanya silver. Itulah jenuh juga cari riben warna silver dan harganya pun hampir 3 x ganda lebih mahal dari riben biasa.

Tempahan cookies dari Syarina, Bangsar



Ini tempahan dari Syarina. Beliau menempah 40 set nama "ZARA". Saya buatkan 2 perasa untuknya iaitu coklat dan vanila. Hari ini 8hb baru pos. Sebenarnya nak pos hari Sabtu tapi pejabat pos tutup ler pulak. saya pegi pos kat cawangankecik pos laju. Sungguh terperanjat sebab kena RM 21.50. Kotak besar tapi ringan ajer. Tukang kedai tu cakap walaupun ringan tapi dia kira besar kotak. Gitu pulak. Menyesal aku pos kat situ. Next time aku akan pergi kat cawangan pos laju yang besar pulak tak kisahlah jauh sikit yang penting puas hati. Kat cawangan besar biasanya aku pos dia tak ukur kotak pun. Dia kira berat. Dalam website pos laju pun beritahu kira berat. Kalau kira berat biasanya aku bayar dalam RM 10 -RM 12 sahaja.