Sunday, August 15, 2010

TELEFON KENA CURI

Telefon saya telah hilang!!!! Sabtu lepas anak lelaki saya bawa telefon pergi surau, sembahyang terawih. Tanpa pengetahuan saya dibawanya telefon tu ke surau. Ada yang tangan panjang, apa lagi hilanglah telefon tu. Saya dah tanya budak yang ambik tu (sek men dah) tapi dia tak mengaku. Saya ugut dia nak lapor pada polis kalau dia tak serahkan hari ini. Tapi husband saya cakap, kalau budak dah nekad nak mencuri memang dia tak akan beri dah. Itulah petang ni rancang nak pergi ke rumah dia, jumpa mak bapaknya pulak. Rasanya tak ada harapan dah tapi sekurang-kurangnya mak bapak dia tahu perangai anaknya. Rasanya dia memang dah banyak mencuri telefon orang lain juga sebab budak2 lain cakap budak tu banyak telefon. Mulai semalam saya dah tak benar anak saya berkawan dengan budak2 taman sebelah dah. Takut terikut. Memang habis husband saya kerjakan anak saya (rotan ler....). Beri pengajaran. Bapanya dah janji untuk beri duit raya tahun ni tapi nampaknya kenalah tarik balik.

HARAP SEGALA TEMPAHAN DIBUAT MELALUI EMAIL SAHAJA SEHINGGA DIBERITAHU KELAK. KEPADA YANG ADA MENEMPAH COOKIES RAYA DAPAT EMAIL NO TEL KEPADA SAYA SEBAB SEMUA NO TEL CUSTOMER DAH TAK ADA.

Thursday, August 12, 2010

Biskut raya huruf

PROMOSI!!!! Khas untuk bulan Ramadhan sahaja. Biskut raya huruf RM 33 sebekas (75huruf). Harga biasa (RM 36.50). Order selewat-lewatnya 15 Ogos untuk dapat harga special ini. Cepat!cepat! rembat.

Wednesday, August 11, 2010

Tak sabar nak belajar buat coklat

Saya nak cuba pulak buat coklat. Dah booking tempat dari CheTam dan insyaAllah selepas raya baru belajar. Sebenarnya saya suka makan coklat dan saya selalu pergi kilang Berry kat serdang untuk beli coklat. Kalau pergi window shopping ker apa yang saya selalu beli adalah bun, fresh milk dan coklat. Tak perlu makan nasi cukup dengan 3 jenis makanan ni saya dah gembira. Anak2 saya pun semuanya suka makan bun, coklat dan fresh milk. Kami pantang keluar mesti makanan ini yang kami cari dulu. Tapi nasib baik badan anak2 semua kurus tak gemuk. Kepada semua peminat cookies saya, nanti jangan lupa tempah pula coklat dari saya yer.

Tempahan dari Zura, Shah Alam



Ini tempahan dari Zura, Shah Alam. Beliau menempah bentuk butterfly untuk diberi sebagai gift kepada pelanggan yang membeli coklatnya. Dan yang huruf tu untuk dimakan sendiri.

Tempahan dari Itri, Bangsar



Ini tempahan dari Itri untuk akikah anaknya. Beliau tempah sebanyak 250 bungkus. Saya ambik masa 3 hari nak siapkan tempahan Itri. Dah siapkan separuh, anak bongsu saya Ain (4thn) asyik minta nak makan. Terpaksalah beri cookies yang disiapkan untuk Itri. Sekali makan hampir 8 bungkus. Katanya cookies ibu buat sedap sangat-sangat.

Tempahan cookies dan cupcakes dari Fiza



Ini tempahan dari Fiza Kepong. Beliau tempah huruf AF dan cupcakes. Tema oren & purple. Fiza minta saya deko gambar bunga yang simple untuk cupcakes. Semua saya punya nozle adik dah pinjam. Terpaksalah saya lukis sendiri gambar bunga.

Tempahan dari Dyan Putrajaya



Yang ini Dyan satu lagi tu tapi dari Putrajaya. Dyan Putrajaya menempah huruf TQ dan gambar orang untuk birthday anaknya. Tema ladybird. Itu yang saya buatkan orang pakai baju warna ladybird.

Tempahan dari Dyan Shah Alam



Ini tempahan dari Dyan Shah Alam. Sebenarnya dalam bulan ni ada 2 orang nama Dyan menempah cookies. Waktu msg pun saya masih confius dyan mana satu. Tapi tempahan dari Dyan ini adalah satu-satunya tempahan yang saya ambik dimana tempah hari ni dan nak pos esoknya. Mengenangkan kesian sebab nak sambut birthday anaknya, berjaya juga saya siapkan tapi almaklumlah pukul 3 pagi baru tidur.

Sunday, August 1, 2010

Tempahan dari Hasniza, Terengganu




Ini pula tempahan dari hasniza, Terengganu. beliau tempah huruf untuk 4 anaknya dan edible photo cookies gambar upin & ipin. Pagi Ahad, saya jenuh ke Bakery cari edible photo yang dah siap. Nasib baik ada jual gambar upin & Ipin. Selepas tu pening nak buat bentuka apa pulak. Minggu lepas saya beli cutter butterfly. Jadi nak cuba cutter baru dan idea tengah datang, saya pun mulalah buat colorful butterfly. Apa lagi perut pun dah kenyang. Saya masak simple ajer, kari siput sedut dan sotong singgang.

Pagi Ahad lalu saya pergi pasar dengan anak2. Mereka pun sibuk nak pergi pasar. Selalunya saya pergi dengan suami tapi memandangkan kakinya tak baik lagi jadi saya pergilah dengan anak2. Pagi Ahad tu sekali kejut dah bangun sebab nak pergi pasar. Saya pun bawalah sebab dari malam lagi beriya benar suruh kejut nak pergi pasar. Nak tahu saya pergi pasar mana?..... pasar borong Selangor. Kalau pergi pagi ikan masih fresh dan tak ramai orang. Saya dan suami biasanya pukul 7 pagi dah pergi. Tak adalah crowded nak memilih ikan. Yang bestnya, selepas beli belah, kami breakfast terus kat gerai situ. 3 orang anak saya yang ikut, katanya nak pergi lagi...best.... Apa yang best pun saya tak tahu....he...he...

Seminggu saya cuti, tempahan pun banyak juga. Di samping urus anak sekolah, sempat lagi saya buat cookies. Saya minta tolong husband ikatkan riben kat cookies2 tu. Nasib baik dia nak nolong. Ya, tempahan akhir minggu lepas dari Hasniza saya dah pos tengahari tadi. Harap dia suka :). Malam ni nak siapkan lagi 2 tempah untuk minggu ini. Biskut untuk tempahan raya pun tak sempat nak buat lagi. Risau juga.....

Tempahan cookies dari Azida KL



Ini pula tempahan dari Azida, maktab Perguruan Teknik, Cheras. Minggu lepas saya cuti seminggu sebab husband terputus jari kaki waktu buat rak kat rumah. Terkena handsaw. Memandangkan dekat ajer, saya pun hantar ajer by hand.

Tempahan dari Kak Lin Ampang



Ini tempahan dari Kak Lin, Ampang untuk birthday anaknya kat Langkawi. Sebenarnya saya tak perasan yang hurus "S" untuk logo superman tu sebenarnya warna merah juga. Last minute i change to red color. Tapi lupa nak ambik gambar. kak Lin juga ada msg sehari sebelum ambik untuk buatkan cookies anaknya kat UK. husbandnya nak pergi UK, so nak bawa untuk anaknya ucapan "GOOD LUCK ZARIL". Kuantitinya sikit, saya akan ambik yang order sikit jika saya ada tempahan banyak. Memang rezeki Kak Lin dan rezeki saya juga dapat tempahan. Nasib baik, selepas kak Lin msg, Hasniza dari terengganu dan Itri pula hantar msg nak tempah. Dapat ler saya buat untuk Kak Lin. Semalam Ahad jumpa kat Tesco Ampang hantar cookies.

Tempahan spell my name dari Mis, Mantin N9



Ini pula tempahan dari rakan sekerja saya. Beliau tempah sempena majlis bertunang dan akikah anak saudaranya. "Selamat Bertunang Mis"

Tempahan dari Dr. Sue lagi



Kali ini Dr. Sue tempah cookies pulak. Saya beri anaknya rasa 2 bungkus. Selepas tu beliau sms beritahu yang anaknya cakap cookies saya sedap sangat2 dan beliau tempah lagi untuk makan2.

Tempahan dari Jasni, Muar Johor



Ini tempahan dari Jasni untuk birthday anaknya "JARISS". Happy birthday.

Tempahan cupcakes dari Nurul



Ini cupcakes yang ditempah dari Nurul. Beliau baru email saya gambar yang diambil selepas kotak cupcakes dihiasi bunga hiasan. Cantikkan! Terima kasih Nurul kerana hantar gambar dan terima kasih juga sebab suka akak punya cookies dan cupcakes. Akak betul2 gembira bila awak telefon beritahu semua suka akak punya cupcakes.