Tuesday, June 29, 2010
Tempahan edible photo cookies dari Zaza
Ini pula tempahan dari Zaza buat kali ke 3. Sebenarnya beliau nak buat surprise untuk husbandnya hari Sabtu ini. Bulan ini saya ada masalah untuk tempah edible photo sebab orang yang saya selalu buat tempahan bercuti kahwin. Jadi memang saya tolak sesiapa yang nak buat tempahan edible photo. Tetapi disebabkan Zaza berharap, saya cari tempat lain untuk tempah edible photo. Akhirnya jumpa juga dan dapat juga Zaza edible photo cookies untuk surprise husband. Wow, Zaza so romantic, lovely couple. Saya doakan anda bahagia hingga ke akhir hayat dan terima kasih kerana menyokong dan terus membeli cookies akak.
Tempahan spell my name cookies dari Dalia
Tempahan spell my name cookies dari Kak Ezza
Ini adalah tempahan dari Kak Ezza, Taman Melawati. Beliau sebenarnya tempah cookies untuk di jual di sekolah bagi pihak kooperasi sekolah Melawati (ada sambutan hari sekolah kalau saya tak silap). Itulah word yang di pilih juga menarik seperti, MISS U, I LOVE U dll. Saya buat colourful supaya habis terjual nanti.
Tempahan edible photo cookies dari Zaza
Ini pula tempahan dari Zaza. Ini adalah tempahan Zaza untuk kali ke 2. Beliau tempah sebanyak 144 kpg. jadi saya buatkan 5 jenis corak supaya cookies itu nampak lebih menarik. Menurut Zaza tahun lepas dia tempah cookies huruf dan menurutnya cookies saya tu tahan selama setahun baru berkulat. Sebenarnya saya pun terperanjat juga. Tapi kalau simpan dalam bekas kedap udara memang biskut tu boleh tahan lama.
Tempahan spell my name cookies dari Suraya
Sunday, June 20, 2010
Gambar hantaran kahwin dari Nadia
Kelas deko bulan lepas Mei 2010
Tempahan cupcakes dari Sue Alam Damai kali ke 3
Tuesday, June 15, 2010
Tempahan spell my name cookies dari Kartigesan
Ini satu-satunya tempahan dari bukan Melayu yang saya dapat. Tempahan ini dari En. Kartigesan dan beliau menempah untuk nama "PAVEEN" sebanyak 150 bungkus. Wow jenuh juga membuatnya. Saya ambik masa 3 hari non stop. Ingatkan cepat siap tapi rupanya lama nak boleh siap deko. Tapi alhamdullilah berjaya juga siap sebelum tarikh majlisnya. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang telah menempah cookies dari saya.
Tempahan spell my name cookies dari Ira
Monday, June 14, 2010
Tempahan spell my name cookies dari Farah
Ini pulak tempahan dari Farah, Bukit Indah Ampang. Hari Ahad saya pergi hantar kerumahnya. Sebenarnya Farah dah datang rumah nak ambik tapi tak tahu kenapa saya tak sedar dia datang. Dia dah balik baru keluar msg miss call dari Farah. Itu yang saya terpaksa hantar kerumahnya tapi nasib baik kat Ampang ajer. Kalau kat Rawang ker memang saya dah pulangkan semula duit. Tapi syukur, dapat juga Farah cookies tu.
Tempahan spell my name cookies dari Irma
Tempahan spell my name cookies
Tempahan spell my name cookies dari Azniza, TTDI
Dah lama saya tak upload gambar2 sebab tak ada masa. Minggu ini baru free sikit. Minggu lepas ke Sabah. Kat Sabah pagi petang asyik hujan tapi sempat juga pergi pasar filipine. Kita berbalik kepada cookies ini pulak dan lupa kisah Sabah. Azniza tempah perasa vanila untuk nama "ADAM" sebanyak 70 bungkus. Nampak bila cookies warna cream warnanya laginya lebih menyerlah.
Subscribe to:
Posts (Atom)