Sunday, February 21, 2010

Kelas Deko Cookies March 2010

Salam Semua peminat deko kukis, Saya akan buka kelas deko pada hari Sabtu 6 March 2010. Sila email/sms sebelum 2 March 2010 utk confirm. Bayaran sebanyak RM 100.00

Tuesday, February 16, 2010

Tempahan Valentine Day

Bulan ini bulan romantik untuk pasangan-pasangan yang sedang bercinta. Ya... 14 Feb adalah hari kekasih. Saya pun ada tempahan untuk satu pasangan kekasih ini. Pagi Ahad lepas, saya dan husband sempat pergi hantar cookies yang ditempah oleh Beba kat Taman Sri Ukay. Beliau buat surprise untuk pasangannya Allan. Inilah cookies yang ditempah, bentuk "love".



Sebenarnya tak ingat nak ambik gambar kotak cookies ini. Tiba2 ajer dalam perjalanan menghantar cookies teringat pasal kotak cookies yang tak ada gambar lagi. Jadi, saya pun suruhlah anak ambikkan gambar kotak yang saya hias tu memandangkan dia duduk kat belakang. Inilah hasil gambar yang diambik oleh Adib, anak saya yang tahun 2.

Friday, February 5, 2010

Tempahan dari Soraya

Ini tempahan cookies huruf dari Soraya, Damansara. Beliau tempah huruf R (biru) dan T(hijau) sahaja. Selamat makan2 Soraya.

Tempahan dari Beba

Ini tempahan spell my name cookies dari Beba untuk birthday anak tersayang "ALIF". Happy birthday Alif.