Tuesday, July 28, 2009

Tempahan dari Aisyah dan Shima

Salam, hari ini zura akan tunjukkan tempahan dari Shima utk "NURIN" sebanyak 80 bungkus. Sebenarnya saya ada buatkan spell my name cookies untuk Aisyah, untuk anaknya "HAIKAL" tapi lupa nak ambik gambar. Sabtu lepas selepas Pn Aisyah datang rumah ambik cookies tu baru teringat yang gambarnya tak ambik lagi. Jadi terus ajer zura ambik gambar cookies "NURIN" sebab takut terlupa lagi. Isnin dah pos ke Temerloh, Pahang.

Thursday, July 23, 2009

FANCY COOKIES FOR RAYA AIDILFITRI

Di sebabkan ramai tanya pasal cookies raya, saya uploadkan gambar dalam bekas untuk 50 biji. Colourful....kan.... Ada saya punya kawan 2 hari lepas beli sample kecil untuk jual. Bawa balik ajer rumah, dah dihabiskan oleh anak perempuannya yang umur 6 tahun. Sekejap ajer dah habis. ha..ha... Isnin ini dah janji nak pergi hantar lagi sebab kali ini dia beli untuk anak jiran, untuk buat sample dan beri untuk anaknya. Yang pasti kanak2 mesti suka.





Mungkin ramai tertanya kalau pos tak pecah ker? Ini saya dah masukkan bubble wrap. InsyaAllah kalau goncang pun tak pecah. Saya akan buatkan yang bubble wrap untuk pos sahaja.

Tempahan untuk Charity -BUDIMAS

Seperti di janjikan, saya uploadkan cookies suprise yang saya buatkan untuk charity tersebut.

Monday, July 20, 2009

Tempahan dari Faridawati

Tempahan ini dari Faridawati untuk bakal anaknya , EUSOFF RAYYAN. Beliau nak ambik 29 Julai tapi memandangkan saya nak kena fokus buat biskut raya, itu yang saya siapkan awal.

For Charity - BUDIMAS

Tempahan dari Tunku Izrina dari Ampang untuk charity BUDIMAS pada 29 Julai 2009. Beliau telah menempah bentuk huruf, love dan bunga. Jenuh juga memikir idea macamana nak buat supaya orang tertarik nak beli. Di samping itu beliau juga menempah bentuk huruf untuk birthday PUTERI BIBI ZAHARAH. Happy birthday Puteri. Dan kejutan untuk beliau, saya memang buat special untuk charity tersebut. Nanti saya upload kemudian gambarnya sebab tak siap deko lagi.





Ini pulak tempahan untuk Puteri punya birthday 25 July 09.

Sunday, July 19, 2009

DEALER BISKUT RAYA

Nak tambah pendapatan untuk raya, jom email saya kepada sesiapa nak jadi dealer biskut raya "Fancy Cookies".

Wednesday, July 15, 2009

TEMPAHAN COOKIES RAYA 2009

Saya membuka tempahan untuk cookies special "Fancy Cookies" untuk raya 2009 . Perasa quaker oat coklat dan 3 jenis bentuk iaitu bunga, hati dan cendawan.



Harga: RM 35 satu bekas (50biji)
RM 33 satu bekas untuk pembelian melebihi 100biji atau lebih dari 2 bekas

Tarikh tutup 21 Ogos 2009 Tetapi jika tempahan terlalu banyak, kami akan tutup tarikh tempahan lagi awal. First come first serve.

Cara penghantaran; self pick-up pada 5,6,12 dan 13 September 2009.
Jumpa di LRT Sg Besi pada 5/9 dan 6/9 pukul 3 -5 ptg
Jumpa di Kedai Perabot sebelah Econsave Balakong pada 12/9 dan 13/9 pukul 3-5 ptg.
luar dari KL, penghantaran pos laju pada 14/9 dan pos ditanggung oleh pembeli kecuali pembelian melebihi RM 200 pos adalah percuma.

Cepat tempah dan meriahkan meja raya tahun ini dengan kuih yang berwarna- warni.
Untuk tempahan sila maklumkan kuantiti, bentuk cookies dan cara penghantaran.

Sunday, July 12, 2009

Cupcakes Untuk Taska Kreatif

Sabtu lepas Pengetua Taska Kreatif ada membuat jamuan birthday untuk 2 anaknya. Memandang dia memborong banyak cookies, jadi Zura hadiahkan cupcakes untuk anak saudara dan 2 orang anaknya. Yang lawaknya, beliau ada jugak beli cake besar gambar Ben 10 lagi tapi cupcakes Zura juga yang habis dulu. Zura rasa cupcake lagi praktical sebab orang boleh ambik terus satu-satu. Masa pergi makan tu, Pn Noli cakap cupcakes Zura dah habis tinggal kek yang dia beli ajer masih tak terusik. Tersenyum lebar Zura mendengar sebab seronok makanan yang Zura buat disukai ramai dan glamornya waktu tu sebab ramai yang tanya pasal cookies dan cupcakes. O.k..... ini dia joint cupcakes yang Zura deko untuk hari tu.
Edible Image Cupcakes

Joint cupcakes gambar Sponge Bob

Thursday, July 9, 2009

Tempahan dari Taska Kreatif

Minggu ini memang minggu yang sibuk sebab ada banyak tempahan cookies. Alhamdullillah, syukur kerana tuhan murahkan rezeki buat Zura dalam bulan ini dan dapat jugak Zura siapkan tempahan on time. Pagi tadi dah hantar Spell my name cookies untuk adik "Adam", "Yasmin" dan "Qasrina", 50 bungkus setiap satu. Setelah beberapa hari, semalam baru siap deko semua cookies itu, dalam 850 huruf. Jenuh ler jugak mendeko dan tangan pun dah naik lenguh. Tapi bila time hantar, nampak muka pelanggan berseri-seri menerima cookies yang Zura deko, tenang dan gembira rasa hati. Kepuasan itu hanya Zura yang dapat rasakan. Ooo.... kali ini banyak ler pulak membebel. Ini Zura tunjukkan cookies yang telah dideko. Untuk membezakan siapa punya, Zura letakkan riben yang berbeza warna biru, pink dan hijau.

Tuesday, July 7, 2009

Tempahan Hantaran dari Wati

Tengahari ini Wati dan tunangnya, datang ambik hantaran cookies yang ditempahnya. Wati tempah 2 set hantaran cookies iaitu edible photo tema hijau dan satu lagi hantaran cookies biasa. Menurutnya, yang edible tu nak di beri kepada pihak lelaki dan satu lagi untuk jemputan kehormat. Memandangkan Wati tempah 2 set, jadi untuk hantaran cookies biasa tu zura lebihkan biskutnya.......special untuk Wati. Lebih kurang satu setengah adunan digunakan dan hampir 40 keping cookies termasuk daun.



Wati yang cun melencun



Tunangnya yang handsome



Daun



Cookies yang telah di gubah.

Sebenarnya, dalam membuat hantaran cookies ni, nak mencari bakul tu yang mencabar sikit sebab susah nak mencari bakul yang tak terlalu besar dan kecil, sedang-sedang ajer. Biskut tu berat jadi kalau bakul kecil atau nipis biskut tu tak stabil. Kalau besar nampak ler pulak lopong macam bakul yang lebih dari biskut. Setakat ini tak jumpa lagi tempat yang ada jual bakul seperti yang Zura nak.



Ada 3 jenis bunga yang Zura hasilkan. Sebenarnya semua jenis bunga tu dapat idea secara spontan. Cantik atau tidak, subjektif ikut pandangan masing-masing. Sebenarnya, Zura nak hasilkan merah tua tapi pewarna merah tu tak jadi seperti yang dikehendaki walaupun sudah masukkan banyak pewarna merah. Nampaknya kenalah cari pewarna merah lain pulak.


Inilah hasil akhir selepas di gubah. baru nampak cantik selepas dimasukkan semua bunga-bunga kukis tu. Tapi, dalam gambar tak nampak menyerlah sangat.

Friday, July 3, 2009

Pelajar pertama menghasilkan deko

Salam semua.....seperti yang Zura janjikan, akhirnya pelajar pertama yang menghadiri kelas deko berjaya jugak menghasilkan deko kukis untuk hari perkahwinan adiknya. Menurut beliau, kukisnya bukan sahaja budak-budak yang nak tapi mak budak pun nak. Mereka kata best. Zura akan tunjukkan gambar yang diemailkan kepada Zura. Bagusnya, beliau memang praktikkan semua teknik yang Zura ajar. cayalah....

.