Sunday, June 28, 2009

Tempahan dari Zaza

Sempena bulan bapa "Father's Day" ramai ibu-ibu yang membuat surprise untuk husband. Ini tempahan dari Pn. Zaza, untuk suaminya. Zura janji nak hantar kepadanya Khamis ini. Alang-alang dah download gambar, Zura upload terus cookies yang di tempah oleh Zaza. Beliau nak riben biru. Semalam pergi Macy cari riben biru dan terus cari riben dan kain untuk projek sulaman riben Zura. InsyaAllah dalam masa terdekat boleh mula buat. Minggu ini tak sempat sebab ada banyak tempahan. Watie tempah 2 hantaran cookies dan Cikgu Taska dekat rumah tempah untuk 3 nama "spell my name cookies", 50 bungkus setiap satu untuk dimasukkan kedalam goody bag. Zura pun dah janji nak presentkan cupcakes untuk ketiga-tiga kanak-kanak tersebut. Tengah fikir nak deko apa untuk cupcakes nanti.

Friday, June 26, 2009

Tempahan dari Shafy

Petang tadi hantar Edible photo Cookies yang di order oleh Shafy kat LRT Tasik Selatan. Shafy tempah sebab nak celebrate with hubby kat Cameron Highlands sebanyak 58 keping. Senang hati sebab Shafy suka dengan cookies yang Zura deko.




Sunday, June 14, 2009

Cupcakes Snow White

Semalam siapkan cupcakes untuk hantar taska Ain. Zura buat join cupcakes gambar snow white. First time buat. Tak berapa kemas. Tapi siap pengetua taska Ain nak tempah. Ha...ha.... Yang seronoknya waktu hantar, kanak2 kat taska tu semua sibuk memuji kek yang zura buat sehingga berebut-rebut nak tengok dekat. Cikgunya letak tinggi2 dan beritahu yang nanti semua boleh makan.


Gambar cup sebelum dibakar


cakes selepas siap dibakar


Gambar cupcakes selepas dideko.

Perasan tak yang zura dah ubah board. Mula2 nak letak board bulat tapi keciklah pulak, itu tukar board 4segi yang lebih besar. Cikgu Ain suka sebab praktical, tak perlu nak potong kek, semua kanak2 boleh ambik satu sorang.

Tempahan dari Cuda

Seperti yang dijanjikan, hari ini zura upload cookies spell my name yang di tempah dari Cuda. Tema warna pink, merah dan purple. Kami jumpa kat Komuter Serdang. Cuda dari Seremban naik komuter datang ambik Cookies. Teringat waktu akak muda2 dulu. Kemana-mana naik pengangkutan awam jugak. Dulu tak ada Komuter atau LRT, jadiknya naik bas kat KL sampai melayang-layang.

Thursday, June 11, 2009

Hobi Baru

Dah hampir 2 minggu Zura tak menulis kat blog ni. Sebenarnya nak tunggu upload gambar cookies yang ditempah oleh Cuda (nama panggilan) dari N9 tapi sampai sekarang belum lagi transfer gambarnya. Nanti ler Zura akan tunjukkan gambar tempahan dari Cuda untuk kahwin adiknya kat Kelantan. Tema warna pink, purple dan merah.

Sebenarnya nak cerita yang Zura ada 2 projek baru yang nak di buat dalam tahun ini. Tinggal lagi 6 bulan. Cuba teka apa ia......? Cuti sekolah ini, anak sulung Zura, 11 thn (Aidil) baru bersunat. So, tak boleh ler kemana-mana. Tempahan untuk cookies pun banyak untuk hujung bulan ini dan bulan Julai 09. Zura tak adalah buat awal2, biasanya dalam minggu yang sama customer nak ambik baru buat. Itulah yang dinamakan Homemade.

Weekend minggu lepas memang hari yang memboringkan. Tak tahu nak buat apa. Nak berjalan pun tak boleh. Siapa nak jaga Aidil pulak. Itulah dapat idea nak cari hobi baru, nak mencantikkan rumah. Dah dapat teka ker? Baiklah Zura beritahu, Zura nak buat decoupage dan sulaman riben. Sebenarnya boleh beli yang dah siap, tak berbaloi dengan buat sendiri tapi rasanya kalau buat sendiri lagi puas hati. Yang mana satu nak buat dulu yer? Decoupage atau sulaman riben? Zura memang suka semua berkenaan Craft & Design. Kedai barangan Decoupage pun dekat dgn rumah ajer, Balakong. Semalam dah jumpa kawan yang ada beli buku sulaman Pn. Ann. Rupa-rupanya dia terbeli 2, jadi zura terus beli dari dia satu. Jarum pun share dgn dia. Dalam satu pek ada sampai 4 btg. Zura beli ajer satu dari dia. Saja, hobi suka-suka. At least dapat ler jugak mencantikkan rumah. Bahan2 asas dah ada, cuma nak beli kain untuk buat kusyen ajer. Bila yer? Nanti projek pertama Zura siap, Zura akan tunjukkan pada kawan2 semua yer.

O.K ler sambung minggu depan. Hari ini nak pergi beli zip dan butang baju sebab nak siapkan jahit baju kurung riau untuk pergi kenduri esok.